Menurutnya, saksi memberitahu Sajat dan rakannya masih bertudung dan mengerjakan Saie.
Malah mereka sempat mengambil gambar Sajat yang berada di situ.
Justeru, PU Amin menafikan berita bahawa Sajat dibawa keluar kerana dia masih berada di sana.
Oleh itu, PU Amin meminta terutama muslimah di sana berhati-hati dan menjaga aurat kerana bimbang ia tercemar.
Bagaimanapun sebahagian jemaah di sana sudah membuat laporan polis mengenai kelakuan Sajat itu.
BACA: Kerajaan kesal Sajad bertelekung di Tanah Suci: Mujahid
BACA: Jemaah Malaysia lelaki berpakaian wanita di Makkah, polis bagi amaran
BACA: Umrah Sajat sah jika cukup syarat - Mufti Kelantan
BACA: Kami jangka ambil masa sebulan tentukan jantina Sajat - Jakim
PU Amin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, PU Amin masih berharap agar hati Sajat terbuka dan menerima hidayah daripada-Nya untuk berubah dan kembali kepada Allah.
“Allah aturkan semua yang berlaku dan tidak berlaku atas muka bumi ini . Sebesar mana dosa manusia pasti ada jalan pulang. Allah Maha Pengampun.
“Cuma untuk mendapat pengampunan dari Allah perlu mujahadah yang besar. Saya percaya Kaabah akan buat hati Sajat dan kawan kawan nya lembut dan getar.
“Kita doakan agar Allah hantarkan kasih sayang-Nya. Soal tindakan dan undang-undang, itu akan disempurnakan oleh pihak berkuasa. Kita pula, cukup sekadar doa dan doa. Jangan mencaci. Insya-Allah percayalah, ada lah tu benda baik Allah nak bagi,” tulisnya dalam kapsyen.
Sajat menimbulkan kontroversi terbaharu apabila memuat naik video dan gambar di tanah suci Makkah selepas mengerjakan umrah sambil memakai telekung.