Salah seorang anggota kumpulan nasyid Brothers iaitu Mohd. Salleh Mohamed Deril, 40, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) petang tadi.

Menerusi maklumat yang dikongsi laman Facebook Nasyidkini, Mohd Salleh berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM kerana penyakit jantung dan darah tinggi dan memerlukan sokongan alat bantuan pernafasan kerana jantung lemah dan sesak pernafasan.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Klang sejak Ahad lalu sebelum dipindahkan ke PPUM.


Kumpulan Brothers mula ditubuhkan pada 1995 dan turut dianggotai oleh Yasin Sulaiman, Faiz dan Syah.

Setelah sepuluh tahun tanpa album baharu, kumpulan ini membuat kemunculan semula dengan album ‘Sabar’ pada 2015.