PELAKON cantik, Anzalna Nasir mengakui dia tidak terlalu menitik beratkan soal penjagaan kecantikan terutama rawatan wajah sehingga berdepan dengan masalah jerawat yang teruk April lalu.
Kata Anzalna, 29, dia hanya menggunakan produk kecantikan kulit wajah bernilai kurang daripada RM50 dan hanya mengamalkan diet pemakanan semata-mata.
"Malangnya, selepas pulang daripada bercuti di London pada bulan April lalu kulit muka saya dipenuhi dengan jerawat dan masalah itu semakin teruk ketika penggambaran drama bersiri Dendam Aurora.
"Saya terpaksa mendapatkan rawatan spa wajah dan berjumpa doktor pakar kulit untuk penyelesaian kerana masalah kulit muka saya ketara kalau dilihat dalam rakaman kamera.
"Saya akui memang saya seorang yang kedekut dan kurang mengambil berat soal penjagaan kulit wajah. Produk yang saya beli pun kurang RM50 dan biasanya sekadar pencuci muka sahaja.
"Kadang-kadang saya tidur pun tanpa mencuci muka sampailah pori-pori kulit saya tersumbat kerana lapisan alat solek yang saya pakai seharian," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran sebuah produk penjagaan kulit di ibu negara semalam. - Teks oleh: Amri Hassan
Gempak
Thu Nov 02 2017

Kata Anzalna, 29, dia hanya menggunakan produk kecantikan kulit wajah bernilai kurang daripada RM50 dan hanya mengamalkan diet pemakanan semata-mata. - Foto: IG @anzalnanasir88

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Netizen sebak Anzalna belanja bapa tunggal 'shopping' barangan bayi
Lebih bermakna, individu tersebut turut membawa anak kecilnya bersama ketika bertemu dengan Anzalna.

Cantiknya nama anak Anzalna! Ini maksud nama 'Mohamad Emirhan'
Pasangan ini juga mendoakan agar Mohamad Emirhan membesar dengan menjadi anak yang soleh dan berbudi bahasa.

Anzalna selamat bersalin anak kedua
Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya, Muhammad Hanif Zaki menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya semalam.

Anzalna Nasir hamil anak kedua, dijangka lahir sempena Syawal
Anzalna memohon untuk mendoakan proses kelahiran bayi keduanya itu nanti dipermudahkan selain diberikan kesihatan yang baik.

'Arwah tinggalkan legasi cukup besar' - Anzalna sebak jadi duta ganti arwah Siti Sarah
Akui pelakon Anzalna Nasir, dia sanggup menolak tawaran menjadi duta tudung jenama lain demi arwah Siti Sarah.

Kacukan Melayu-Cina-Punjabi, Anzalna Nasir makin cantik berhijab
Tahun lalu, finalis Dewi Remaja ini gigih mencari seorang penjual nasi lemak yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan mencari rezeki.

Anzalna teruja bertemu Aishwarya Rai di Paris
Jika anda peminat filem Mohabbatein, sudah pasti anda akan cemburu dengan gambar yang dikongsikan oleh pelakon Anzalna Nasir

"Sembang pasal anak 'jer' dengan Eva Longoria" - Anzalna jumpa pelakon Desperate Housewives
Untunglah!

Anzalna dan suami umum nama anak, diambil sempena nama Nabi
Nama yang indah!

Anzalna Nasir selamat lahir bayi lelaki 31 Mei lalu
Pelakon popular dan jelita, Anzalna Nasir selamat melahirkan bayi lelaki pada 31 Mei lalu.