SETIAP malam Isnin hingga Khamis, pasti ramai yang menantikan kemunculan watak Puan Sri Mawar yang dibawa oleh pelakon Datin Seri Zizie Izette dalam drama Hero Seorang Cinderella (HSC).
Astro Gempak yakin ramai yang sakit hati melihat Puan Sri Mawar dan anaknya Puteri (Uqasha Senrose) yang selalu membuli Medina (Nur Fazura).
Lakonan sebagai ibu tiri yang dibawa Zizie sangat berkesan sehingga ada penonton HSC yang marahkan Puan Sri Mawar kerana sering mencari kesalahan Medina.
Namun, ada juga yang memuji Zizie kerana watak Puan Sri Mawar yang dibawanya menjadi, walaupun sudah lama tidak berlakon.
Zizie menerusi siaran langsung MeleTop pada malam Selasa lalu memberitahu, dia terbuka hati untuk kembali berlakon adalah disebabkan Michael Ang.
“Saya menerima tawaran untuk kembali berlakon kerana Michael. Berterima kasihlah kepada dia kerana dia yang bertanggungjawab membawa saya kembali selepas ‘berehat’ panjang.
“Selepas ini saya tidak mahu lagi berehat terlalu lama kerana lapan tahun saya berhenti, bila masuk set balik saya terlupa teknik berlakon.
“Nak dapatkan balik teknik itu semua, bukan perkara yang mudah. Dan yang menjadi masalah utama saya ialah apabila ‘nervous’ menguasai diri,” katanya kepada pengacara MeleTop, Nabil dan Neelofa.
Sementara itu pengarah HSC Michael Ang memberitahu, watak Puan Seri Mawar dan Puteri memang sengaja dicipta untuk dibenci tetapi disayangi dalam masa yang sama.
“Kalau anda baca novel, watak ibu dan kakak tiri Medina berbeza dengan yang kami bawa ke kaca televisyen,” ujarnya.
Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella yang bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
Gempak
Thu Jun 01 2017
Ramai yang 'sakit hati' melihat keberkesanan watak Puan Sri Mawar (lakonan Zizie) dan anaknya Puteri (Uqasha Senrose) yang selalu membuli Medina (Nur Fazura).
Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
AWANI Borneo [16/1/2025] – Hujan dari pagi| Penemuan task force| Tingkat pengeluaran
AWANI Borneo Khamis, 16 Januari 2025 bersama Pia Ernadya.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Sarawak terokai sempadan baharu dalam pengeluaran SAF
Lawatan delegasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada SAF di Sarawak, dengan memanfaatkan sumber yang ada di wilayah ini untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan api lestari.
Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil bagi tingkatkan pengeluaran padi
Dengan penggunaan mesin penuai dan pembajak padi, pesawah tidak perlu lagi membanting tulang seharian, malah dapat mengeluarkan sembilan kali ganda hasil padi dalam masa satu jam.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Penambahan penerbangan pacu sasaran 3.5 juta pelancong di Sabah
Dengan penambahan penerbangan keluar masuk dari Sabah bukan sahaja bakal melonjakkan kemasukan pelancong, malah dapat menjana sektor ekonomi negeri itu.
Laporan akhir kematian pakar patologi didedah bulan depan
Laporan akhir kematian pakar patologi di Lahad Datu didedah bulan depan
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Kebenaran bina semula rumah mangsa belum diluluskan
Lebih 600 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua di Tawau kini berada dalam dilema, kerana kebenaran untuk membina semula rumah masih belum diluluskan berikutan status tanah milik kerajaan.
6 rakyat Malaysia termasuk artis ditahan di Penjara Narathiwat sihat, dilayan sama rata
Pihak Penjara Wilayah Narathiwat menafikan tuduhan bahawa enam tahanan warga Malaysia menerima layanan buruk di penjara itu.
Datuk Nassier Wahab meninggal dunia
Berita duka tersebut dikongsi rakan Allahyarham, Zur Eda menerusi perkongsian di aplikasi WhatsApp.
Lupa pakai 'lens power', mata dah rabun - Reaksi Siti Nurhaliza tersasul baca berita
Terdahulu Siti Nurhaliza diumumkan bakal bersiaran menerusi slot Komuniti AWANI sempena Hari Guru yang akan diraikan Khamis ini.
Corat-coret Festival Filem Malaysia Ke-30
Pelbagai momen menarik dapat disaksikan sepanjang perjalanan acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya (PICC) itu.
Bakal muncul dengan single 'Oh Dunia Ini Penuh Kepalsuan', Aishah tak sindir sesiapa
Menurut penyanyi itu, pada zaman 80-an dan 90-an, kebanyakan lagu diberi judul yang panjang.
Waroeng Isabella dikritik, Nabila Huda mohon maaf
Beroperasi di Rasta Taman Tun Dr Ismail, Damansara, Nabila mengambil kritikan terbabit dan memperbaiki kekurangan pada masa akan datang.
Anuar Zain bakal kembali 'menakluk' Singapura
Ribuan peminat di pulau republik itu dan juga dari negara serantau bakal menikmati konsert satu malam yang bakal berlangsung pada Oktober nanti.
Azrel Ismail akui sukar kekalkan nama dalam bidang hiburan
Azrel Ismail mendedahkan dirinya tidak bersikap selektif dalam memilih tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.
Fizz Fairuz akui susah nak dapat watak utama
Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin mendedahkan sukar untuk dirinya mendapatkan tawaran sebagai pelakon utama.
Sofi Jikan mengaku tidak bersalah 'masukkan dadah dalam badan'
Pelakon Sofi Jikan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (11-Nor Delta 9 Tetra Hydrocannobil) iaitu dalam kumpulan ganja ke dalam badan pada 6 Februari lalu.