PELAKON Emma Maembong menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dia cuba mendekati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Sebenarnya, sudah lebih dua tahun saya mengenali Saddiq, sebelum dia bergelar Ahli Parlimen lagi. Dia pernah menghadiri beberapa acara yang saya anjurkan, bahkan dia juga pernah hadir ke majlis tayangan filem lakonan saya, Kimchi Untuk Awak.
"Ada orang dakwa saya cuba nak 'try' Saddiq selepas saya memuat naik sebuah video boomerang bersamanya di laman Instagram sempena kemenangan Saddiq di Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari. Tak ada istilah 'try' pun.
"Periksa semula laman Instagram saya dan semuanya boleh dilihat sendiri. Dari dulu lagi saya pernah memuat naik foto bersama Saddiq kerana kami memang berkawan, tetapi mungkin pada masa itu tiada sebarang isu kerana Saddiq tidak popular seperti sekarang," kata Emma, yang merupakan pelakon drama bersiri, Awak Suka Tak.
Kakak kepada Chacha Maembong ini juga menafikan dia menyokong mana-mana parti politik.
"Saya muat naik video bersama Saddiq hanya untuk mengucapkan tahniah kepadanya sebagai seorang kawan, itu sahaja.
"Saya juga pernah memuat naik foto bersama bapa saudara yang merupakan bekas exco Menteri Besar Terengganu. Saya akui membesar dengan UMNO, bapa saya merupakan pelukis di PWTC dan dia yang melukis gambar pemimpin UMNO di PWTC.
"Tetapi saya sendiri mengambil pendekatan untuk tak melibatkan diri atau bercerita mengenai mana-mana parti politik," katanya ketika ditemui di sidang media Back To Back Raya Galore Festival Mode Republik 2018 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific semalam.
Emma yang mengusahakan jenama pakaian Emma RTW bakal menyertai festival fesyen dan kecantikan terbesar yang diadakan di Kelantan pada 18 dan 19 Mei, Kedah (1 & 2 Jun), Pahang (2 & 3 Jun) dan lokasi kemuncak di PWTC pada 8 sehingga 10 Jun selama 72 jam tanpa henti. - Teks: Kamaruddin Razal/Foto: Instagram Emma
Gempak
Wed May 16 2018

"Saya muat naik video bersama Saddiq hanya untuk mengucapkan tahniah kepadanya sebagai seorang kawan, itu sahaja. - Foto Astro GEMPAK
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

'Saya nak try Syed Saddiq?' - Emma Maembong
Pelakon drama bersiri Awak Suka Saya Tak, Emma Maembong menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dia cuba mendekati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Skil melukis Chacha, Yaya, Emma Maembong sehebat ayah mereka?
Sebagai anak kepada pelukis tersohor, Ismail Maembong, pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah ketiga-tiga anak perempuannya Chacha, Yaya dan Emma Maembong turut mewarisi legasi dan kehebatannya.

Chacha Maembong asyik kena buli dengan Emma dan Yaya?
Menerusi episod pertama The House yang dimula ditayangkan pada Rabu lalu, kita dapat menyaksikan telatah lucu 3 beradik ini iaitu Yaya, Emma dan Chacha.

Ada kamera tersembunyi di rumah Emma Maembong?
Astro telah melancarkan satu program realiti The house untuk memberi peluang kepada peminat-peminatnya untuk mengetahui bagaimana akrabnya ikatan persaudaraan di antara adik-beradik Maembong.