"Saya nampak masa depan saya di mata Fattah," itu yang diucapkan Nur Fazura berhubung hubungannya dengan Fattah Amin.
Mengakui sikapnya yang degil dan terlalu mementingkan kerjaya, ajakan Fattah untuk menghalalkan hubungan mereka pernah dipandang sepi Fazura.
"Saya berfikir panjang tentang hubungan saya dengan Fattah tetapi apabila dia hantar keluarga untuk merisik, hati saya terbuka untuk menerimanya," kata aktres yang berusia 34 tahun itu.
Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, bagaimanapun kesal dengan laporan-laporan yang disifatkan kurang beretika oleh beberapa media tentang hubungan mereka.
"Kita masyarakat Timur, jadi saya merasakan tindakan seperti menyebarkan gambar-gambar rumah keluarga saya sangat tidak patut dilakukan.
"Apapun saya hargai kesabaran semua pihak menunggu kami balik dari mengerjakan umrah," kata Fazura.
Fattah, 27 tahun memberitahu, keputusan merahsiakan pertunangan mereka adalah keputusan yang diambil bersama keluarga.
BACA: 'Kami tidak bernikah di Mekah, bertunang 13 Nov lalu' - Fattah
BACA: Tiada permohonan nikah daripada Fattah Amin & Fazura - Jabatan Agama Islam
BACA: Fazura, Fattah berangkat menunaikan umrah, minta peminat doakan
BACA: Benar atau tidak, netizen mula ucap tahniah kepada #Fattzura
"Kami mahu fokus kepada ibadah umrah. Jika berita pertunangan ini diumumkan ketika itu, mungkin tumpuan kami akan terganggu," katanya.
Pasangan itu yang mula rapat selepas terbabit dalam drama Hero Seorang Cinderella mengumumkan sudah bertunang 13 November lalu dua hari sebelum berlepas ke Mekah.
Buat masa ini, tarikh pernikahan belum ditetapkan namun dirancang akan dilangsungkan dalam masa terdekat.
Madiha Abdullah
Thu Nov 23 2017

Ajakan Fattah untuk menghalalkan hubungan mereka pernah dipandang sepi Fazura. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tiga tahun menjalin cinta, Azzam Sham, Sheryl Shazwanie ikat tali pertunangan
Tahniah buat Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie.

Iman Troye, Naim Daniel bertunang?
Kalau betul apa salahnya.

Anak bertunang, Sheila Majid kongsi berita gembira bakal sambut menantu
Penyanyi tersohor negara, Datuk Sheila Majid berkongsi berita gembira berhubung majlis pertunangan anak keduanya, Megat Abdul Majid Aziz.

Ernie dan saya tidak ada niat pun nak 'tarik tali' - Syamel
Demikian kenyataan penyanyi terkenal tanah air, Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih dikenali sebagai Syamel berhubung pertunangannya dengan Ernie Zakri.

Tasha Shila bertunang esok
Tasha Shila yang dikhabarkan akan mengikat tali pertunangan bersama dengan lelaki pilihanya pada 23 Februari, Ahad.

Nak kenal tapi malu - Yuna kongsi detik pertama bertemu Adam
Penyanyi Yuna berkongsi kisah pertemuan pertama bersama tunangnya, Adam Sinclair.