Sebaliknya, pengumuman Haqiem mengenai masalah psikososial itu hanyalah sekadar gimik yang sudah lama dirancang.
"Macam ni lah semua ya. Ada yang berkata beliau tidak tahu menahu gimik depresi dan release single sudah dirancang lama. Lama dah.
"Siap ada tarikh untuk pengumuman. Kebetulan tarikhnya itu sebelah-sebelah dengan pelancaran lagunya.
"Dan saya seperti orang bodoh, tidak tahu menahu tentang ini. Sebab? Bila orang cakap dia kemurungan, kita sebagai seorang kawan menyokong dan memberi semangat.
BACA: 'Saya alami kemurungan' - padam foto IG, Haqiem Rusli bakal berhenti menyanyi?
BACA: "Don't give up"- Neelofa beri kata semangat pada Haqiem Rusli
"Ini sudah dirancang ya dan gimik seperti ini tidak patut dijalankan, atau sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu.
"Saya hanya tahu saya bakal ditemubual di stesen radio. Bila datang, rupanya harus memberi sokongan kepada beliau.
"Saya tidak perlu tahu saya betul atau tidak, tetapi rancangan gimik depresi ini sudah lama dirancang," tulis Erni menerusi ruangan komen di Instagramnya.
Ernie sebelum itu meluahkan rasa bengang dipergunakan oleh sebuah stesen radio selama lebih 2 jam untuk berkongsi kisah peribadinya yang pernah berdepan depresi.
Entri Ernie mendapat perhatian ramai selebriti antaranya Wany Hasrita, Ara Johari, Idayu AF Megastar dan Syamel yang turut meluahkan rasa geram terhadap gimik tersebut.
Pada ruangan komen entri sama, Haqiem turut membuat permohonan maaf terhadap Ernie.
"I'm so sorry Ernie. Program tadi saya hanya diberitahu datang untuk interview dan nyanyi.
"Tak sangka ada benda alah semua tu. Saya minta maaf," tulis Haqiem.
Teks oleh: Amri Hassan