"Saya akan terus lawan, menggunakan karya-karya saya."
Itu yang diluahkan kartunis Ibrahim Anon, atau lebih dikenali dengan nama Ujang, susulan penerbitan edisi khas bumper majalah Ujang, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
"Saya memang tak tahu menahu tentang penerbitan edisi bumper ini. Tiada sesiapapun yang hubungi saya.
"Mengikut perjanjian, selepas majalah sudah tidak diterbitkan, hak milik karya intelek diserahkan kepada saya.
"Ujang sudah dihentikan penerbitannya pada Ogos 2015, jadi kalau nak diikutkan, Ujang milik saya sepenuhnya dan saya perlu dimaklumkan tentang penerbitan edisi baharu ini," kata Ujang ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Kenyataan Ujang tak berasas - MOY Publications
BACA: Edisi istimewa bumper nostalgia raya Ujang imbau memori Aidilfitri
Ujang mendakwa pihak yang menerbitkan Ujang sebagai oportunis kerana menggunakan popularitinya selepas dia kembali melukis dan menghasilkan karya-karya baharu.
"Sejak beberapa bulan ini saya kembali berkarya di Facebook, ramai peminat sedar yang Ujang masih wujud.
"Mereka (penerbit) seolah-olah ambil kesempatan kerana mereka nampak masyarakat sebenarnya rindukan Ujang.
"Nak lawan mengikut undang-undang, saya tak mampu. Kerana kes yang sama juga saya fight sampai muflis. Jadi saya gunakan media sosial," tambahnya.
Mengulas reaksi segelintir peminat yang enggan menyokong Ujang edisi khas itu atas alasan ia bukan karya asli Ujang, pelukis dari Juaseh, Kuala Pilah itu mengakui terharu namun menegaskan dia tidak pernah berniat menyekat rezeki mana-mana kartunis lain.
"Saya tak ada masalah pun dengan mana-mana kartunis. Majoriti kartunis baharu yang ada dengan Ujang sekarang, saya tak kenal pun.
"Masalah saya bukan dengan mereka, tetapi dengan penerbit yang dulunya rakan baik saya," katanya.
Penerbitan edisi bumper Ujang sempena hari raya menimbulkan pertelagahan peminat tentang krisis yang pernah melanda Ujang dan syarikat penerbitan majalah berkenaan.
BACA: Kenyataan Ujang tak berasas - MOY Publications
Madiha Abdullah
Mon May 27 2019
Ujang mendakwa penerbitan edisi bumper Hari Raya tidak sepatutnya berlaku tanpa pengetahuannya. - Facebook
Rakyat AS taruh harapan ketika pemilihan presiden memuncak
Para pengundi di negeri Maryland menyuarakan harapan tinggi ketika mereka menyertai jutaan rakyat AS yang mengundi dalam pemilihan presiden.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Pengorbanan raya Harimau Muda
Tonggak pertahanan B-23 negara, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili berkata, pemain sedia berkorban demi negara selain sudah biasa beraya bersama pasukan di perantauan.
Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri esok
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik
Aspek persiapan kucing juga harus menitikberatkan kepada keadaan kucing selepas kembali pulang ke rumah, pasca hari raya.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
RM500 jumlah ideal perbelanjaan raya seorang lelaki - Presiden BESS
Seorang lelaki wajar berbelanja sehingga RM500 untuk kelengkapan hari raya.
Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan
Sebanyak 7,785 notis membabitkan motosikal yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya ditetapkan.
Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan
Bantuan khas kewangan RM2,000 yang diberi oleh Menteri Besar kepada penjawat awam pada November lepas dianggap sebagai 'bonus raya'.
Kerajaan pertimbang beri bonus raya kepada penjawat awam - PM
Kerajaan juga dalam penelitian pelarasan skim persaraan penjawat awam yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.