Pelakon bertaraf legenda dari India, Rajinikanth tiba di Malaysia pada petang Isnin Rajinikanth dijadualkan berada di negara ini selama sebulan untuk penggambaran filemnya yang ke-159, Kabali.

Ia sekaligus mencetuskan fenomena tersendiri di laman sosial, dengan hashtag seperti #rajinikanthinmalaysia dan #kabaliinmalaysia mula membanjiri Facebook, Instagram dan Twitter.





Superstar Rajinikanth...Thalaivaaaa...!!!

A photo posted by sjsaravanan (@sjsaravanan) on



Welcome to malaysia #rajinikanth #bintangindia

A photo posted by MohdEzwanRoslan (@ezsiti) on



Good Shot @sonicimage.my !! #rajinikanth in#KualaLumpur

A photo posted by StyloMannavan (@stylomannavan) on


Ramai juga yang berkongsi gambar ketibaan bintang itu di KLIA melalui laman sosial dan aplikasi sistem pesanan WhatsApp.

Penggambaran Kabali di Malaysia akan meliputi beberapa kawasan di sekitar bandaraya bersejarah, Melaka.

Diarahkan oleh Pa. Ranjith, Kabali akan turut menjalani penggambaran di beberapa bandar utama di Asia termasuk Bangkok dan Hong Kong.