Menurut Rizman yang menjawab pertanyaan di ruangan tersebut, saiz badan Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta adalah yang paling sempurna seperti saiz ukuran patung.
"Artis mana yang pernah bekerjasama dengan anda yang anda rasa badannya paling 'perfect' tanya netizen.
"Beliau (Che Ta) adalah selebriti pertama yang menggayakan rekaan kami 13 tahun yang lalu, dan sejak itu saiz badannya tidak pernah berubah," jawab Rizman.
![](http://img.astroawani.com/2018-07/61532008817_screenshot_20180719-190129.png)
Jenama popular Rizman Ruzaini tehasil dari gabungan dua orang pereka iatu Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil, 34, dan Rizman Nordin, 34. - Teks : Asraf Aided