BUAT pertama kali dalam sejarah penganjurannya, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimahkotakan kepada Haneesya Hanee, ditarik balik.
Ia adalah susulan tersebarnya sebuah video yang memaparkan beberapa peserta di sebuah kelab malam dan memegang gelas minuman keras.
Penarikan balik gelaran itu dibuat dalam satu sidang media oleh pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv bersama majalah Remaja, yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, pada Khamis.
Turut dijalankan adalah penyerahan semula mahkota, trofi dan replika cek yang menjadi hadiah kemenangan.
"Demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja, kami memutuskan untuk tidak menobatkan mana-mana peserta sebagai pemenang, dan pemenang tempat kedua dan ketiga kekal dengan gelaran masing-masing.
"Kami memuji keberanian Haneesya tampil secara profesional untuk memperbetulkan keadaan. Kami akan sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan selepas," kata Editor majalah Remaja, Faiz Aimman.
Sementara itu, Haneesya memohon maaf dan menerima penarikan balik gelaran itu dengan hati terbuka.
"Memang saya yang bersalah. Tindakan mereka menarik balik gelaran itu sesuatu yang wajar dan saya terima dengan hati yang terbuka," kata Haneesya.
Madiha Abdullah
Thu Jan 17 2019

Penyerahan semula mahkota Dewi Remaja. - Instagram Majalah Remaja

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Diberi nafas baharu, HeroDewi Remaja 2023 mahu lahirkan lebih banyak bakat baharu
Pelakon dan model, Scha Al-yahya pula sekali lagi diberi mandat untuk menjadi mentor dan juri tetap program tersebut.

Perisian tidak sah: Ganggu periuk nasi penggiat seni - Shaza Bae
Sampai bila perkara ini harus terjadi?

Hero Remaja kembali mencari bakat-bakat baharu
Daripada 600 bakat baharu yang hadir ke ujibakat, akhirnya 12 finalis telah pun berjaya di pilih untuk merebut gelaran Hero Remaja.

Isu 'Stop Dreaming', ini jawapan Neelofa kepada Zahnita
Neelofa berkata dia faham apa yang cuba diperkatakan Zahnita, namun ia lebih manis jika Zahnita menghubunginya secara peribadi.

"Stop dreaming dik!" - Pernah jadi mentor Dewi Remaja, Zahnita bagi pesanan padu untuk Neelofa
Paparan skrin yang menyaksikan Neelofa dilantik sebagai wajah rasmi Swarovski membuatkan Zahnita, selaku mentor Neelofa ketika Dewi Remaja suatu ketika dulu memberikannya nasihat dan peringatan.

"Terima kasih Hatta Dolmat, I still can't move on..." - Haneesya Hanee
A night to remember!

Saya mengaku memang on and off berhijab - Ernisha
'Buat masa ini, saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan, dan biar Dia yang tentukan jalan apa patut saya pilih.'

Mahkota Dewi Remaja dilucut: Warna kulit tiada kaitan dengan apa yang saya lakukan - Haneesya Hanee
Haneesya Hanee jadi mangsa netizen.

'Saya mohon maaf, tak pandai didik anak' - Ibu Haneesya
"Saya memohon maaf... itu bukan salah dia, salah saya yang tidak pandai mendidik anak".

Dilucut mahkota Dewi Remaja, ini nasihat Janna Nick pada Haneesya Hanee
Semoga nasihat ini dapat menjadi pembakar semangat buat Haneesya Hanee.