Cita-cita dan keinginan tidak akan datang bergolek sekiranya tidak diiringi dengan kerja keras.
Usawahan dan selebriti ternama tanah air, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman misalnya antara individu yang diketahui umum sentiasa bercita-cita tinggi.
Beliau sangat sinonim dengan keghairahannya membina kekayaan dan satu perkara yang tidak boleh dinafikan mengenai Aliff ialah kejayaan sentiasa berpihak padanya.
Selepas berjaya membina sebuah mahligai mewah di Petaling Jaya, Selangor, Aliff mengumumkan pembelian sebuah lagi aset yang nilainya mencecah angka jutaan ringgit.
Di laman sosial Instagramnya, Aliff berkongsi berita keinginannya untuk memiliki hartanah berupa kondominium mewah di tengah-tengah Kuala Lumpur sudah tercapai.
Kondominium mewah berkeluasan 3,000 ribu kaki persegi itu dibelinya dengan harga bernilai RM6 juta.
Dan untuk pengetahuan semua, lokasi kediaman itu ialah di menara pusat beli-belah mewah, Pavilion, Kuala Lumpur.
Kompleks Pavilion yang terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang merupakan pusat beli-belah dan kediaman mewah.
Pelbagai barangan jenama mewah antarabangsa dijual di kompleks yang sering menjadi tempat kegemaran golongan selebriti, kenamaan serta ekspatriat.
"Lawa tak rumah abang ni.. bebetul (betul-betul) atas Pavilion, mudah abang nak shopping. Impian dan harapan dan berdiri dari hasil sendiri.
"Impian dan juga harapan abang waktu baru nak up niaga... kadang-kala ada orang kata abang suka menunjuk tetapi sebenarnya ramai orang tak tahu ini adalah impian abang untuk mempunyai antara rumah apartmen paling mahal di Malaysia ni.. di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.
"Abang ni asal kampung Felda Kecau 1 dan teringin nak ada umah di tengah bandar... kadang rasa macam tak logik rumah yang berkeluasan 3 ribu (kaki) ini harganya hampir RM6 juta tetapi ini adalah nilai yang perlu dibayar," kongsinya lagi.
Apa yang mencetus perbincangan dalam kalangan netizen ialah, Aliff memaklumkan pembelian kondominium mewah itu dengan menggunakan wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Dulu abang tanamkan azam kalau ada duit yang lebih abang nak ada rumah persinggahan abang sendiri, weekend house.
"Abang dapat membeli rumah ini hanya hasil duit KWSP abang..iyee duit KWSP abang. Lebih kurang 5 tahun abang niaga hasil daripada menyimpan KWSP abang dapat mempunyai rumah di sini... ini adalah salah satu impian abang," tambahnya lagi.