Suasana pilu menyelubungi pengkebumian jenazah seniwati Mariani atau Mariam Ismail yang telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang di sini, pada kira-kira jam 11.30 pagi hari ini.
Pusara Mariani ditempatkan bersebelahan pusara adiknya, biduanita Puan Sri Saloma dan biduan negara Tan Sri P.Ramlee – kedua-duanya meninggal dunia beberapa tahun dahulu.
Seniwati Mariani atau Mariam Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.32 malam dipercayai akibat kanser usus di kediaman anak perempuannya di Taman Kosmo Jaya, Sentul di sini malam tadi.
Berita mengejutkan itu telah disampaikan ke pengetahuan umum oleh anaknya sendiri iaitu Melissa Saila melalui akaun media sosialnya sejurus selepas ibunya meninggal dunia.
Sebelum ini, Mariani, 82 tahun pernah beberapa kali dirawat di pusat perubatan kerana mengalami kemerosotan kesihatan kerana usianya.
Jenazah dimandikan di Masjid Al Hidayah, Jalan Sentul pada jam 9 pagi Rabu.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak turut berkongsi rasa kesedihan beliau di laman Twitter peribadinya pada malam Rabu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Astro Awani
Wed Dec 02 2015
Anak seniwati Mariani, Melissa Saila menabur bunga mawar di atas pusara ibunya di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, KL di sini, hari ini. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Mimi Loma meninggal dunia pada usia 75 tahun
Adik Allahyarham Saloma itu menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang di sisi ahli keluarga dan jirannya pada pukul 2.19 pagi.
Apa guna perintah berkurung sekiranya remaja berkeliaran di alam maya? - Pakar
Pelaksanaan rintis perintah berkurung bagi remaja di bawah umur 18 tahun perlu dilakukan untuk beberapa bulan bagi memastikan tahap keberkesanannya terhadap remaja dan kanak-kanak.
'Baju bodo' Saloma diberi nafas baru
Anak saudara kepada biduanita negara Allahyarham Puan Sri Saloma berhasrat untuk mempopularkan kembali busana bercirikan baju bodo yang sering digayakan biduanita negara itu suatu ketika dahulu.
Mariani anak seni sejati dan berdedikasi - Keluarga
Seniwati filem Melayu, Allahyarhamah Mariani atau Mariam Ismail, 82, disifatkan sebagai anak seni yang cukup berdedikasi sepanjang kerjayanya.
Seniwati Mariani selamat disemadikan
Suasana pilu menyelubungi pengkebumian jenazah seniwati Mariani atau Mariam Ismail telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang di sini, pada kira-kira jam 11.30 pagi hari ini.
Perginya seniwati Mariani: Rakan artis bersedih, Najib utus ucapan takziah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengimbas kenangan menonton filem lakonan Mariani, Labu Labi dan mengutus ucapan takziah.
Seniwati Mariani meninggal dunia
Berita kepulangan Seniwati Mariani ke rahmatullah disahkan sendiri oleh anaknya, Melissa Saila.