Penyanyi kelahiran Malaysia yang kini menetap di Los Angeles, Yuna, puji sikap rendah diri lagenda muzik Quincy Jones.
Di Instagramnya sebelum ini, Yuna pernah berkongsi temuramah beliau bersama Quincy Jones sempena pelancaran fonkepala JBL Audio E55BT Quincy Edition.
Dalam catatan terbarunya, Yuna mengongsikan kisah disebalik tabir temuramah itu.
Kata penyanyi lagu ‘Crush’ itu, antara nasihat Jones adalah supaya pemuzik sentiasa rendah diri.
“Tanggungjawab kita sebagai pemuzik dan penulis lagu adalah untuk sentiasa rendah diri.
“Bakat ini adalah dari tuhan. Ia bukan milik kita jadi gunakan ia dengan bijak dan sentiasa bersifat rendah diri,” kata Yuna dalam laman Instagramnya.
Yuna turut berkata sepanjang penggambaran yang berlangsung sepanjang hari, Jones tidak pernah menunjukkan penat lelahnya.
“Saya merupakan orang kedua terakhir untuk menemuramah beliau dan cuaca sudah gelap di luar.
“Sangkaan saya, beliau telah lakukan ini (temuramah) sepanjang hari dan dengan secara umumnya, beliau pasti penat.
"Tetapi beliau layan semua orang dengan begitu istimewa dan bertanyakan khabar mereka. Apabila beliau diberikan sorbet oren, beliau terus berkata ‘Saya sudah bersedia!’” sambung Yuna.
Pengalaman beliau bersama Jones turut menjadi peringatan untuk sentiasa melayan kru produksi dengan baik.
“Tidak kisah penat lelah anda… bagaimana anda melayan pihak kru, ia mencerminkan sikap anda.
“Saya telah lihat semuanya. Ada yang menjeling ke pihak pengarah, ada yang marah jurukamera, ada yang tidak cakap ‘Maaf’ atau ‘Terima kasih’. Ada yang di dalam industri ini selama 30 tahun, ada yang tidak sampai setahun,” tambahnya.
Pada 5 Julai, Yuna memuat naik temuramah beliau bersama Jones yang antara lain berbincang tentang muzik dan juga nama-nama besar ketika ini yang memberi harapan kepada industri muzik pada masa hadapan.
Syafique Shuib
Tue Jul 18 2017

Penyanyi terkenal Yuna kongsi kisah disebalik temuramah beliau bersama lagenda muzik Quincy Jones baru-baru ini. -Gambar: Instagram/@yunamusic

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Legenda muzik Quincy Jones meninggal dunia pada usia 91 tahun
Jurucakapnya, Arnold Robinson, berkata Jones meninggal dunia dengan tenang di kediamanannya di Bel Air, dikelilingi ahli keluarga.

'Sentiasa rendah diri' nasihat Quincy Jones kepada Yuna
Penyanyi terkenal Yuna kongsi kisah disebalik temuramah beliau bersama lagenda muzik Quincy Jones baru-baru ini.