PELAKON Shaheizy Sam tidak menyalahkan mana-mana pihak berkenaan isu tunggakan cukai dan notis muflis yang sedang dihadapi olehnya.
"Sejujurnya, saya tak boleh salahkan sesiapa, tak boleh tunding jari kepada mana-mana pihak.
"Saya sendiri kena sedar kesalahan sendiri, mungkin saya ambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan perkara tersebut. Atas sebab itu, saya tak mahu salahkan pihak lain.
"Apa yang penting, saya belum disahkan muflis. Apa yang tersiar di dada akhbar cuma notis sahaja.
"Buat masa ini, belum ada keputusan akhir berkenaan isu itu. Selepas saya mendapat jawapan, saya pasti akan beritahu.
"Kini, saya tak mahu memanjangkan cerita kerana semuanya masih dalam proses perbincangan untuk menyelesaikan perkara tersebut," katanya.
Tambah Sam, dia menganggap perkara ini sebagai ujian yang mempunyai hikmah tersendiri.
"Isu yang mendatang adalah ujian buat saya. Sebelum ini, saya tak peka dengan perkara sebegini.
"Pengajarannya adalah saya harus menyelesaikan perkara ini dalam kadar segera.
"Selepas ini, saya harus lebih peka. Jika perkara ini tak berlaku, saya tak akan tahu," kata Sam ketika ditemui di Majlis Pelancaran Trailer dan Runut Bunyi filem Pinjamkan Hatiku semalam.
Filem ini merupakan filem pertama lakonan Sam dibawah arahan Osman Ali.
"Saya sememangnya mahu bekerja dengan Osman. Sudah lama saya menyimpan hasrat tersebut semenjak menyaksikan filem Anak Halal.
"Alhamdulillah, saya berpeluang berlakon bawah arahan Osman dan tak sabar menantikan reaksi penonton," katanya lagi.
Filem Pinjamkan Hatiku yang dibintangi oleh Sam bersama Ayda Jebat dan Farid Kamil bakal menjengah pawagam pada 30 November 2017.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @shaheizy_sam
Gempak
Wed Sep 13 2017

SHAHEIZY SAM: Apa yang penting, saya belum disahkan muflis. Apa yang tersiar di dada akhbar cuma notis sahaja.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Shaheizy Sam belum muflis, tak salahkan sesiapa
Shaheizy Sam tidak menyalahkan mana-mana pihak berkenaan isu tunggakan cukai dan notis muflis yang sedang dihadapi olehnya.