Malaysia menduduki tangga kelima daripada 10 negara yang hangat membicarakan filem Marvel Cinematic Universe (MCU), Avengers: Endgame di laman sosial Twitter sebaik secara rasminya ditayangkan pada minggu lalu.

Berada pada tangga teratas ialah Amerika Syarikat (AS) sebelum diikuti oleh Brazil, Filipina dan Thailand.

AS dan Brazil berkongsi ‘keghairahan’ yang sama apabila peminat filem itu saling mencipta perbualan filem itu di Twitter.

Jelas sekali filem yang turut dikenali sebagai Infinity Saga itu memberikan magisnya yang tersendiri sehingga ada sanggup menonton buah tangan Anthony dan John Russo lebih daripada sekali meskipun durasinya lebih tiga jam!



Dalam pada itu, lima lagi negara yang turut disenaraikan dalam carta itu ialah Jepun, United Kingdom, Mexico, Indonesia dan Perancis.

Selepas 11 tahun dengan 22 karya Marvel, Avengers: Endgame ternyata berjaya mencipta fenomena di seluruh dunia dengan rata-ratanya meluahkan pendapat masing-masing di Twitter menerusi #AvengersEndgame.


Lebih dahsyat lagi apabila filem terakhir fasa 3 MCU itu merekod most-tweeted di Twitter dengan lebih 50,000 tweet!


Selain itu, karakter yang turut menjadi pilihan di Twitter turut memiliki cartanya yang tersendiri iaitu:

#Thanos
#Thor
#IronMan
#CaptainAmerica
#Hulk
#Loki
#Spiderman
#BlackWidow
#Groot
#Nebula


Apa yang lucu adalah #DontSpoilTheEndgame turut menjadi trending secara global bagi menghormati individu yang masih belum berpeluang menonton filem box office itu. Biarlah ia menjadi rahsia selagi belum ditonton.

Berikut adalah beberapa pesanan yang dimuat naik melalui Twitter agar tidak sesekali membocorkan apa sahaja jalan cerita Avengers: Endgame di mana-mana saluran.



Sebagai langkah berhati-hati, ada dalam kalangan peminat menapis beberapa perkataan yang berkaitan filem itu agar tiada 'kebocoran' yang menitis di timeline mereka.

Lebih manis apabila reaksi perbualan di Twitter turut disambut oleh sebahagian pelakon filem itu dengan penghargaan dan ucapan terima kasih.