PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan berbesar hati apabila disenaraikan sebagai antara 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia buat kali ketiga.
"Alhamdulillah kerana tahun ini saya tersenarai bagi tahun yang ketiga. Ia tentu saja penghormatan besar buat diri saya.
"Saya yakin, setiap individu mempunyai peranan dan sumbangan mereka tersendiri. Begitupun, setiap perkara dilakukan itu bukan semata-mata untuk mendapat penghargaan atau pengiktirafan.
"Sebagai seorang Muslim dan anggota masyarakat, saya berasa perlu terbabit sama, tidak kira apa jenis pekerjaan, bidang diceburi mahupun komitmen terhadap agama, bangsa dan negara.
"Dengan kemampuan yang ada, saya sedaya upaya mahu mengambil bahagian dalam apa juga pembangunan dan aktiviti yang merapatkan kita sebagai Muslim seluruh dunia, mengukuhkan agama serta memperlihatkan contoh terbaik buat semua," kata Siti.
Kali pertama disenaraikan bagi edisi 2016, The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims bagi edisi terbaharu sekali lagi meletakkan nama penyanyi "Aku Bukan Malaikat" itu dalam kategori seni dan budaya.
Tambah Siti lagi, semua pengiktirafan dan kejayaan yang diraihnya adalah berkat usaha serta sokongan insan yang menyayanginya, termasuk peminat.
Penyenaraian namanya sekali lagi sebagai Muslim berpengaruh menjadi pencapaian terbaharu Siti sejak mendedahkan kehamilannya, baru-baru ini.
Sehari selepas mengumumkan hamil empat bulan, 13 Oktober lalu, Siti diumumkan sebagai pemenang kategori Duo Terbaik, Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 di Singapura menerusi lagu Dirgahayu (duet bersama Faizal Tahir).
Pada Anugerah Silet 2017 di Jakarta, 16 Oktober, lagu duetnya bersama Cakra Khan, Seluruh Cinta, pula diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet. Ia meraih kemenangan atas kapasiti lagu tema drama Cahaya Hati yang disiarkan di Indonesia.
Sementara itu, menyentuh kehamilannya kini yang memasuki usia lima bulan, Siti bersyukur apabila dirinya diberikan kesihatan yang baik.
"Saya tidak mengidam yang bukan-bukan sangat. Alhamdulillah," katanya ringkas.
Foto: Instagram @ctdk
Sumber: Berita Harian
Gempak
Sat Nov 04 2017

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan berbesar hati apabila disenaraikan sebagai antara 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia buat kali ketiga.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Siti Nurhaliza disenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan berbesar hati apabila disenaraikan sebagai antara 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia buat kali ketiga.