Selepas memenangi Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-57, Syamsul Yusof berkata hari ini beliau berhasrat menghasilkan filem epik sejarah pahlawan negara.
Syamsul, 33, ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa berkata, beliau mahu merealisasikan filem bergenre sejarah kerana pada masa sama filem itu dilihat sebagai satu sumbangan kepada negara.
“Alhamdulillah, saya menyanyi dan berlakon diterima ramai, tetapi dalam hati saya masih lagi mahu menghasilkan filem.
"InsyaAllah, perancangan masa hadapan, saya akan hasilkan satu filem berbajet besar, berkisarkan pejuang-pejuang bangsa seperti Mat Kilau dan Hang Tuah.
“Doakan saya hasilkan filem bukan sahaja penting kepada kita, tetapi kepada negara,” katanya.
Selain itu, Syamsul turut menyifatkan kemenangannya di festival filem tersebut, menerusi filem Munafik, di Phnom Penh, Kemboja pada Isnin, adalah satu pencapaian yang tidak dijangka.
“Saya tidak letak harapan yang tinggi dalam anugerah ini. Anugerah ini pernah dimenangi Yasmin Ahmad dan Tan Sri P. Ramlee. Saya terima anugerah dengan rasa rendah diri dan kerdil.
“Pada masa sama, saya tak rasa tertekan untuk menghasilkan sekuel Munafik, kerana apa yang penting bukan anugerah tetapi kualiti filem itu sendiri,” katanya.
Syamsul kini sedang sibuk menyiapkan filem, Munafik 2 yang dijangka menemui penonton selewat-lewatnya Mac tahun depan.
Azyyati Ahmad
Tue Aug 01 2017

Syamsul menyifatkan kemenangannya di Festival Filem Asia Pasifik Ke-57 menerusi filem Munafik di Phnom Penh, Kemboja pada Isnin adalah satu pencapaian yang tidak dijangka. Foto Instagram
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Interchange diiktiraf di peringkat Asia Pasifik
Filem arahan Dain Said yang pernah menjelajah pelbagai festival filem antarabangsa seluruh dunia sebelum ini terus meraih perhatian dunia.