PENYANYI Liza Hanim selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 11 malam Jumaat.

Liza berkongsikan berita gembira ini menerusi perkongsian di akaun Instagramnya.

Ini merupakan anak kelima Liza, hasil perkongsian hidupnya bersama bekas ahli kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsuddin.



Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 ini telah mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan.

Liza pernah dimasukkan ke dalam wad kerana pendarahan dan kekurangan air dalam badan sebelum mengadakan konsert Dua Diva di Singapura. Ketika itu kandungannya baru berusia 3 bulan.

BACA: 'Selepas pendarahan, bayi masih kuat' - Liza Hanim

Walaupun mengalami pelbagai dugaan di awal kehamilan, Liza masih aktif dengan aktiviti seni dengan terlibat dengan persembahan konsert Semalam Di Malaya di Dewan Filharmonik Petronas pada September selain memenuhi undangan nyanyian lain.

Dengan perkhabaran kelahiran bayi terbaharunya ini, ruang komen di Instagram Liza dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan peminat.