MUNGKIN anda tertanya-tanya berapa banyak gambar yang diambil Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika menjalani misi ke angkasa lepas pada tahun 2007.

Jawapannya, beliau hanya mengambil lima keping gambar!

Mungkin ia bukanlah perkara wajib yang dilakukan beliau ketika berada di dalam kapal angkasa, Soyuz TMA-11 menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Perkara itu didedahkan isteri beliau, Datin Dr Halina Mohd Yunos menerusi akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya kisah Dr Halina yang mengambil gambar sebanyak 23 keping tapi di dalam tandas.



Perbuatan wanita mengambil gambar dalam tandas bukan perkara pelik kerana ramai golongan ini gemar melakukan aksi yang sama kerana faktor cermin yang besar.

Teks oleh: Elrafaei Sapi