Mampukah perjuangan atas nama kebebasan ataupun keadilan menjanjikan kesudahan damai dalam masyarakat?
Itu antara persoalan yang dibangkitkan dalam pementasan teater 'Kandang' arahan Omar Ali, di Pentas Seni Kuala Lumpur atau KLPAC bermula 10 Ogos hingga 13 Ogos ini.
Teater 'Kandang' merupakan hasil adaptasi karya klasik George Orwell yang bertajuk ‘Animal Farm’ ke dalam bahasa Melayu, dan ia adalah sebuah satira politik mengenai pemerintah Rusia, Joseph Stalin pada pertengahan abad ke-20.
"Walaupun dianggap sebagai sebuah alegori pada ketika itu, namun jalan ceritanya masih memiliki mesej yang simbolik dan relevan pada masa ini.
"Kami tiada niat untuk bermain politik atau memihak kepada sesiapa dalam pementasan ini. Ini bukan komentari untuk mana-mana individu.
"Apa yang kami mahu bincangkan adalah budaya kepimpinan di dalam dan luar negara. Contohnya konsep amanah, apabila kita bercakap pasal kuasa dan kelebihan memiliki kuasa, kita biasa lupa mengenai tanggung jawab yang perlu ada pada pemimpin," kata Pengarah, Omar Ali kepada Astro AWANI.
Adaptasi ini mengikuti jejak langkah sekumpulah haiwan ternakan di Ladang Jones yang berjaya mengusir keluar tuan ladang manusianya dan meraih kemerdekaan.
Namun, janji manis kebebasan dan kemakmuran terbukti janji kosong apabila mereka sendiri terjebak dengan pengkhianatan idealisme dalam bentuk korupsi dan kezaliman.
Teater 'Kandang' ini juga merupakan pementasan kedua bagi Omar dan bapanya Tan Sri Muhammad Ali Hashim, untuk berganding bahu dalam mengadaptasi dan menterjemahkan karya Inggeris ke dalam bahasa Melayu.
Sebelum ini, kedua beranak itu pernah menghasilkan pementasan Dato' Seri, iaitu sebuah adaptasi Macbeth oleh William Shakespeare ke dalam Bahasa Melayu.
"Saya mendapati ada juga segelintir yang sukar menerima tulisan atau karya asing kerana meilihat tradisi dan budaya yang jauh berbeza.
"Oleh itu, apabila kita terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, saya harap lebih ramai boleh memahami dan dapat pengajaran daripada cerita ini," kata Omar.
Sementara itu, Omar turut mengakui tentang persamaan cerita alegori 'Animal Farm' dengan sejarah kepimpinan tempatan.
"Saya dan ayah saya juga terkejut dengan persamaan yang ada. Kita dapati adalah proses untuk terjemah karya George Orwell kali ini terlalu mudah untuk diadaptasi dalam konteks budaya tempatan.
"Mesej utama dalam cerita ini juga bergantung kepada penonton. Kita mahu mereka mula berbual bersama dan berbincang mengenai hal-hal penting dalam masyarakat.
"Kita tidak mahu memberitahu mereka apa yang betul atau salah, tetapi kita harap ia boleh menimbulkan persoalan, dan seterusnya perbincangan supaya apa sahaja masalah boleh diselesaikan dengan cara yang baik," kata Omar.
Pementasan 'Kandang' menampilkan pelakon Ashraf Zain, Farah Rani, Clarence Kuna, Faez Malek, Nik Waheeda, Joe Chin, Zul Zamir dan Nabil Zakaria.
Mereka turut dibantu Pengarah Pergerakan, Ho Lee Ching untuk mendalami karakter haiwan, manakala perekatari Yusman Mokhtar untuk membentuk reka pentas dan diiringi Pengarah Muzik, Coebar Abel.
Dania Zainuddin
Sat Aug 12 2017

Teater 'Kandang' merupakan hasil adaptasi karya klasik George Orwell yang bertajuk Animal Farm ke dalam bahasa Melayu.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.

Teater 'Kandang': Ungkapan manis kebebasan, keadilan hanya janji kosong?
Teater 'Kandang' merupakan hasil adaptasi karya klasik George Orwell yang bertajuk Animal Farm ke dalam bahasa Melayu.