PELAKON Sari Yanti mendedahkan dia terasa hampir terputus nafas selepas berada lama di dalam bilik bersalin bagi melalui proses bersalin anak ketiganya.
Sari, 34 tahun, selamat bersalin bayi perempuan, yang juga anak pertama hasil perkahwinannya dengan pelawak, Jep (Sepahtu), pada 25 April lalu.
"Kakak (merujuk dirinya) dah selamat melahirkan anak di usia kandungan kakak 37 minggu.
"Ingatkan dia keluar hari pertama Ramadhan. Rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutamanya Abah dia.
"Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak.
"Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah," tulisnya di akaun Instagram miliknya.
Pada posting yang sama, Sari mengumumkan Dariya Inara sebagai nama yang dipilih untuk bayi tersebut.
Sari juga turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang memberi semangat dan menunjukkan rasa bimbang sepanjang proses kelahiran.
“Terima kasih sayang untuk doa, semangat, cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat, bimbang, panik, buntu, sebak semua itu menjadi memori yang sangat indah,” ujarnya.
Pelakon drama Cik Serba Tahu itu berkahwin dengan pelawak Jep pada 25 Februari tahun lalu.
Pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dia cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy, 8, dan Baasit Al Haq, 7 tahun.
Sementara itu, akaun Instagram rasmi Dariya Inara sudah mempunyai lebih 72, 000 pengikut sejak di buka secara rasmi semalam.
Rata-rata pengikut tidak sabar mengikuti perkembangan anak Sari dan Jep ini.
Sinar Harian
Fri May 04 2018
![Terasa hampir terputus nafas - Sari Yanti Terasa hampir terputus nafas - Sari Yanti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61525430938_sariyanti.jpg)
Sari, 34 tahun, selamat bersalin bayi perempuan, yang juga anak pertama hasil perkahwinannya dengan pelawak, Jep (Sepahtu), pada 25 April lalu. - Foto Sinar Harian
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian anak bongsu pasangan itu, dikongsi oleh Zaquan, yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan di Instagram Story pada Selasa petang.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269897_MaritimMalaysia.jpg)
APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.
![Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615523534_Nirwandy.jpg)
Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik
Diplomasi keselamatan siber boleh merapatkan jurang literasi digital dari segi keselamatan siber dalam kalangan negara ASEAN.
![Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739269639_KempenKeselamatanI.jpg)
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.
![ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739285769_TBISN.jpg)
ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.
![Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739271831_ICQS.jpg)
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
![Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.
![Terasa hampir terputus nafas - Sari Yanti Terasa hampir terputus nafas - Sari Yanti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61525430938_sariyanti.jpg)
Terasa hampir terputus nafas - Sari Yanti
Pelakon Sari Yanti mendedahkan dia terasa hampir terputus nafas selepas berada lama di dalam bilik bersalin bagi melalui proses bersalin anak ketiganya.