Pelawak Harith Iskander mungkin ‘tidak cukup nafas’ buat masa ini, kerana sedang menunggu keputusan undian dalam talian selepas selesai beraksi di peringkat akhir pertandingan Funniest Person In The World (TFPW) di Levi, Finland.
Penonton di Malaysia telah mengikuti aksi lawak mereka secara penstriman langsung sekitar jam 9 malam waktu Finland (Jumaat, 3 pagi waktu Malaysia).
Aksi Harith dan semua finalis itu kini dimainkan di LaughFactory.com dan sedia untuk diundi dalam tempoh 24 jam.
Dalam persembahan akhir tersebut, Harith bersaing dengan empat pelawak dunia lain seperti Alex Calleja daripada Filipina, Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece).
Mendapat giliran pertama untuk membuat persembahan, pengacara program Obviously Harith Iskander itu melawak selama lebih kurang 15 minit, bermula dengan kisah kedatangannya ke Finland.
Bermula dengan memperkenalkan Malaysia dan cuaca, Harith berkongsi pula tentang keseronokannya duduk di kelas bisnes pesawat Singapore Airlines, termasuk soal keadaan dalam pesawat dan layanan pramugari.
Beliau seterusnya melawak tentang hubungan antara suami isteri serta segala perkara lucu yang berkaitan hidup lelaki dan wanita.
Semua penceritaan humor itu telah Harith sampaikan dalam gaya tersendirinya iaitu cara bercakap pantas, usikan nakal, dan meletakkan diri dalam watak-watak berbeza.
Bakat komedi sedunia
Pertandingan yang bermula sejak Ogos lalu itu menerima sambutan menggalakkan dari seluruh dunia, dengan setiap negara menghantar bakat komedi terbaik masing-masing seterusnya ditampilkan dalam saluran video LaughFactory.com.
Pada pusingan pertama, 20 peserta dengan undian dalam talian terbanyak layak masuk ke pusingan kedua.
Pada pusingan kedua, 20 peserta separuh akhir (dengan maksimum 1 pelawak dari setiap negara) menerima jemputan dan AS$1,000 sebagai perbelanjaan untuk membuat persembahan di Helsinki, Finland di hadapan panel pakar dan selebriti pada 5 Disember.
Sebelum itu, rakaman video yang diluluskan peserta dimuat naik ke laman web Indi pada 17 Oktober, dan proses undian sedunia berlangsung sehingga 5 Disember. Pada 6 Disember, lima peserta akhir diumumkan.
Juara TFPW akan menerima hadiah utama sebanyak AS$100,000 (RM444,845), manakala mereka yang berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima AS$10,000 (RM44,484) dan AS$ 5,000 (RM22, 242).
TFPW dianjurkan antara lain untuk meraikan kepelbagaian budaya di seluruh dunia selain menyatukan manusia dan mempromosi keamanan melalui acara hiburan gelak ketawa.
Segala maklumat mengenai pertandingan itu akan dikemaskini oleh Harith di semua medium sosial miliknya iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.
Astro Awani
Fri Dec 09 2016
Harith berentap bersama empat finalis lain di Finland. - Sumber: YouTube LaughFactory.
Visi TMJ gamit Rob Friend lonjak bola sepak kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend, teruja untuk menerokai peluang dalam usaha menaikkan martabat bola sepak kebangsaan.
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara melalui pelancaran satelit UzmaSAT-1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.
TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Lega tambahan RM100 dalam sara, beli keperluan asas
Langkah kerajaan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) nyata memberi kelegaan kepada golongan penerima, khususnya kumpulan miskin dan miskin tegar.
Pengarah Majlis Bandaraya Diraja Klang didakwa terima suapan RM3,500
Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,500, enam tahun lepas
Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta
Keputusan sama ada balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh merujuk persoalan undang-undang berkenaan pertuduhan yang dihadapi berpelembagaan atau sebaliknya pada 18 Feb depan
"Belum pilihan raya lagi, dia boleh hidup dengan angan-angan dia" - Fahmi
"Belum pilihan raya lagi, dia boleh hidup dengan angan-angan dia," jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagi menjawab kenyataan yang dimuat naik oleh Tan Sri Annuar Musa di Facebook beliau. #AWANInews
Trafik penumpang udara Malaysia 2024 meningkat 14.3 peratus
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Titah Adendum: "Tidak dibincangkan, Kabinet tidak arahkan" - Fahmi
Kabinet tidak membincangkan atau mengarahkan Peguam Negara untuk memohon perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan Titah Adendum. #AWANInews
Finland umum sambung pembiayaan untuk UNRWA
Keputusan ini selepas Suruhanjaya Eropah mengumumkan awal bulan ini ia akan menyumbang EUR50 juta untuk pembiayaan UNRWA.
Britain, Finland pula tangguh biaya UNRWA susulan dakwaan Israel
Britain dan Finland telah menyertai negara-negara lain dalam menangguhkan pembiayaan kepada UNRWA.
Finland tutup empat lintasan sempadan dengan Rusia
Finland menutup empat lintasan sempadannya dengan Rusia pada awal pagi Sabtu ekoran peningkatan mendadak migran yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Rusia tanpa dokumentasi lengkap.
Badminton Terbuka Artik : Wei Chong-Kai Wun hampiri raih gelaran kedua tahun ini
Pasangan beregu badminton lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun layak ke final badminton Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland.
Finland dilantik Presiden Majlis Negara Laut Baltik
Finland secara rasmi mengambil alih jawatan presiden Majlis Negara Laut Baltik (CBSS) dari Jerman untuk tempoh setahun mulai 1 Julai 2023, Xinhua memetik pengumuman kerajaan Finland pada Sabtu.
Gabenor Bank of Finland umum bertanding pemilihan presiden
Rehn berkata beliau bersedia untuk bertanding jawatan presiden secara bersendirian dan dengan sokongan partinya, Centre Party.
Petteri Orpo dilantik perdana menteri baharu Finland
Ketua Parti Gabungan Kebangsaan Finland, Petteri Orpo dilantik menjadi perdana menteri baharu negara itu selepas mendapat kelulusan Parlimen dan Presiden pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
27 cedera jejantas runtuh di Finland
Media sosial Finland tular dengan foto kejadian yang menunjukkan beberapa individu terbaring di atas jalan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.