Pada mulanya, pasukan berkenaan dilaporkan turun ke lombong pada pukul 9.15 malam Rabu bagi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong.
Air deras tiba-tiba berlaku menyebabkan keenam penyelam berpusing di dalam air serta menyebabkan peralatan menyelam tertanggal.
Anggota di darat berjaya menarik kesemua penyelam tersebut namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) telah dilakukan tetapi tidak berjaya.
Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan empat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang meninggal dunia dalam tragedi itu.
Selebriti tempatan juga turut berkongsi rasa sedih mereka berkenaan peristiwa tersebut.
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan perasaan berkenaan isu tersebut menerusi sebuah entri di Instagram miliknya.