Trailer berdurasi 66 saat yang dimuat naik di YouTube pagi tadi kini berjaya mencatat lebih 1.6 juta tontonan setakat ini.
Kabali yang mendapat sentuhan pengarah India Pa. Ranjith itu akan menyaksikan Rajnikanth memegang watak ahli akademik, yang dikatakan berdasarkan kepada figura sebenar.
Selain India, Thailand dan Hong Kong, penggambaram filem Kabali turut dilakukan di Malaysia dan menampilkan pelakon tempatan iaitu Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim.
Sumber: YouTube/Kalaippuli S Thanu
Netizen turut teruja dengan perkongsian trailer ini.
#KabaliTeaser dan #KabaliTeaserCelebrationBegins mula trending di Twitter.
Kabali merupakan filem Rajinikanth ke-159 dan dijangka mula ditayangkan pada penghujung Mei ini.