HATI ibu mana yang tidak luluh apabila melalui episod kedukaan menghantar anak tercinta ke tempat berehat paling abadi.
Sekuat mana hati, secekal mana emosi sekalipun, perpisahan dengan anak melalui kematian adalah perkara yang paling sukar untuk diterima sesiapa pun.
Seperti wanita lain, pelakon ternama, Fauziah Nawi juga tidak ketinggalan sukar membendung kesedihan apabila anak tercinta, Mohd Firdaus Mohamad Hanif dijemput Ilahi lebih awal berbanding dirinya.
Sangkaan Fauziah, Mohd Firdaus atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif yang akan menghantarnya ke tempat berehat paling abadi, namun, takdir menentukan sebaliknya.
Di laman Facebook peribadinya, seniwati yang disegani ramai itu menulis nota syahdu yang mengundang sebak dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan Allahyarham Pitt.
"Wahai anakanda Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif aka Pitt Hanif ramai yg menghantar mu wahai anak ke negeri abadi mu dengan doa serta kasih sayang.
"Mama hanya mampu menitipkan doa untuk mu wahai anak. Moga kau dalam pelukan kasih sayang Allah Rab mu.
"Mama ingat Pitt yg akan menghantar mama ke kuburan seperti Pitt menghantar arwah baba lebih 20 tahun lalu. Tapi Allah lebih Mengetahui," kata Fauziah dalam catatan itu.
Jenazah Allahyarham Pitt Haniff dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur sekitar jam 2 pagi Isnin.
Allahyarham yang berusia 43 tahun, sebelum itu dibawa dari Hospital Kuala Lipis, Pahang sekitar jam 10.30 malam dan tiba di Kuala Lumpur dua jam kemudian.
Jenazah Allahyarham juga dibawa ke rumah ibunya di Taman Melati sebelum dikebumikan.
Pitt yang juga seorang pengarah filem lemas pada Sabtu ketika memancing di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari pada Sabtu.
Pemergiannya ke rahmahtullah disambut dengan penuh kesedihan namun penuh reda oleh keluarga dan rakan-rakan penggiat seni.
Allahyarham Pitt adalah seorang karyawan seni yang berjiwa besar.
Beliau pergi menemui Pencipta membawa bersama seluruh kecintaan pada kerja seni.
Bahkan, personaliti menawan Pitt menyebakan Allahyarham sangat-sangat disayangi seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan.
Kerana itu, nota selamat tinggal Fauziah buat anaknya itu menyebabkan mereka yang mengenali Allahyarham kembali menyelak satu persatu kenangan yang pernah dirakamkan bersama Pitt.
Semoga Pitt berehat dengan damai di sisi Yang Maha Esa.
Pitt, sampai masanya nanti pasti kamu akan kembali bertemu dengan orang yang kamu kasihi terutamanya isteri, anak-anak dan ibu kandungmu.
"Tunggu mama ya Pitt," demikian nota titipan kasih dan cinta yang tidak berpenghujung daripada Fauziah buat Allahyarham Pitt Hanif.
BACA: "Pitt.. damailah di sana, kami akan merindui kamu"
BACA: Jenazah Pitt Haniff selamat dikebumi
Saharudin Musthafa
Mon Oct 28 2019
Catatan Fauziah Nawi di laman sosial mengundang rasa sebak dalam kalangan kenalan Allahyarham Pitt Hanif.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
Banjir: LRA Teluk Mesira dihenti tugas, 1,300 pengguna terjejas
AKSB akan menggerakkan lori tangki untuk membantu pengguna terjejas dan akan membuat pemakluman melalui sistem Infoblast serta mengemas kini perkembangan situasi dari semasa ke semasa.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir terus meningkat, Kelantan paling terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ideologi keganasan: Adik suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Januari 2025 untuk pengurusan kes.
Banjir kilat: Warga emas maut kereta dihanyut arus
Sorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terperangkap sebelum dihanyutkan arus deras ke sungai dalam kejadian banjir kilat di Kilometer 4 Jalan Selirik di Kapit.
Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM
Ular sawa yang tular itu dianggarkan panjang lebih lima meter dengan berat sekitar 80 kilogram semasa ditangkap di Taiping.
Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di Bukit Pelandok
Kerajaan Negeri Sembilan tiada halangan dengan cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan babi berkeluasan 713.3 hektar di kawasan Pig Farming Area (PFA) di Bukit Pelandok, Port Dickson.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
Ahmad Zahid minta mangsa banjir utamakan keselamatan, patuhi arahan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mereka yang berada di kawasan berisiko banjir supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
[TERKINI] Warga emas maut dihanyut arus deras di Kapit
Seorang warga emas maut selepas keretanya dihanyutkan arus deras di kilometer 4, Jalan Selirik, Kapit.
Fauziah Nawi kecewa, drama radio makin sendu
Di sebalik kerancakan penerbitan telefilem, drama yang menghiasi skrin televisyen mahupun filem di layar panggung dengan berbagai genre termasuk kemasyarakatan dan cinta, namun lain pula halnya dengan
'Saya dah buat report' - Ada individu guna gambar Fauziah Nawi kutuk Mawi, Ekin di platform X
Fauziah berkata, dia telah pun membuat laporan terhadap individu yang menggunakan nama Kak Jah Sungai Dua di platform berkenaan.
'Kereta dah terbakar, nak beli baharu tak mampu' - Fauziah Nawi sebak terima hadiah kereta
Pelakon Fauziah Nawi bersyukur selepas empat tahun tiada kenderaan untuk bergerak akhirnya dihadiahkan sebiji kereta.
Seniwati Fauziah Nawi terima anugerah Tokoh Seri Angkasa
Seniwati Fauziah Nawi menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022).
Mamat Khalid bangga jadi anak Perak, banyak perkenalkan budaya dan cara hidup - Fauziah Nawi
Ini dapat dilihat daripada filem-filemnya yang memaparkan kehidupan masyarakat negeri itu termasuk loghat serta lokasi penggambaran.
'Artis antivaksin tariklah diri sendiri, jangan susahkan orang lain' - Rosyam Nor
Pelakon prolifik Datuk Rosyam Nor menggesa artis yang belum mendapatkan suntikan lengkap vaksin mahupun golongan antivaksin agar menolak tawaran berlakon.
Sebak meniti usia 68 tahun, Fauziah Nawi berdoa nyawanya tidak diambil musim COVID-19
"Ya Allah ya tuhanku, kalau Kau nak cabut nyawa aku, janganlah musim COVID-19 ini," kata Fauziah dalam nada sebak.
Bukan semua artis jutawan, berniaga untuk dapatkan wang dan teruskan hidup - Adibah Noor
Kebanyakan artis ketika ini menjalankan perniagaan bukan sebab untuk mencari kekayaan, sebaliknya hanya meneruskan kelangsungan hidup dan membiayai perbelanjaan harian.
Kenapa anak seni selalu dipinggirkan? Semak semula SOP PKP 2.0 - Fauziah Nawi
Fauziah berkata SOP yang sedia ada sebelum ini lebih praktikal untuk dilaksanakan dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan.
"Orang macam kami, ada kerja, ada gaji, tiada kerja, tiada gaji" - Fauziah Nawi
Fauziah Nawi dan beberapa rakan seperjuangan bertemu pegawai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pagi Rabu selepas mendapat titah perkenan Agong.