Once, adakah anda terima ‘Signal’ TWICE?
Kumpulan K-pop terkenal, TWICE, bakal mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada konsert jelajah Asia, ‘TWICE LAND, Fantasy Park’.
TWICE menguar-uarkan tentang konsert mereka, 'TWICE 2nd Tour - TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park' menerusi satu kenyataan di akaun Twitter rasmi mereka baru-baru ini.
Bertemakan fantasi, TWICE bakal membawa ‘taman fantasi’ mereka ke Malaysia pada 28 Julai ini.
Dianjurkan oleh IME, konsert tersebut akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8.30 malam.
Jualan tiket atas talian KSTAR (www.kstar.tv) dibuka pada 21 April bermula jam 3 petang sehingga 22 April (sehingga jam 3 petang) dengan harga tiket dijual serendah RM388.
Peminat yang membeli tiket VIP akan mendapat ganjaran istimewa.
TWICE terdiri daripada sembilan anggota iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu serta dibentuk menerusi program realiti survival, Sixteen pada 2015 di bawah syarikat pengurusan JYP Entertainment.
Single pertama mereka, ‘Cheer Up’, menerima sambutan hangat dan lagu tersebut berjaya mengungguli carta-carta utama Korea seperti Naver, Melon, Mnet dan Soribada sekali gus merangkul gelaran 'Song Of The Year' pada Anugerah Muzik Mnet Asia dan Anugerah Muzik Melon 2016.
Selepas 'Cheer Up', kumpulan ini terus memukau peminat mereka yang juga dikenali dengan nama fandom ‘Once’ dengan beberapa lagi lagu hit seperti ‘Knock Knock’, ‘TT’, ‘Signal’ dan yang terbaharu, ‘What Is Love’.
Isabelle Leong
Sun Apr 22 2018
TWICE terdiri daripada sembilan anggota iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu serta dibentuk menerusi program realiti survival, Sixteen pada 2015.
Indonesia rancang tetapkan had umur minimum penggunaan media sosial
Indonesia merancang keluarkan peraturan bagi menetapkan umur minimum untuk pengguna media sosial dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Angin Santa Ana yang bertiup dari gurun telah menyebarkan bara api sejauh 3 kilometer di hadapan kebakaran.
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah
Sebuah lori yang terbakar dan bergerak sendiri dalam video yang tular di media sosial, disyaki mengalami masalah panas melampau pada enjin.
Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian dilaporkan berlaku di kilometer 38 Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya Isnin lalu ketika dalam perjalanan dari Dengkil ke Puchong.
Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian dilaporkan berlaku di kilometer 38 Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya Isnin lalu ketika dalam perjalanan dari Dengkil ke Puchong.
Malaysia alukan pelaburan UAE dalam sektor nilai tinggi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia mengalu-alukan kalangan syarikat Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melabur di Malaysia dalam projek melibatkan tenaga boleh baharu (TBB) serta pusat data.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Jadual padat menanti PM di London
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di London, United Kingdom (UK) bagi memulakan lawatan kerja rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menjawat jawatan sebagai perdana menteri, bermula 15 hingga 19 Januari.
Pesawat khas yang membawa perdana menteri tiba di Lapangan Terbang Stansted pada pukul 10.50 malam selasa waktu tempatan (6.50 pagi Rabu waktu Malaysia).
Laporannya bersama rakan setugas Hasimi Muhamad di London.
Pesawat khas yang membawa perdana menteri tiba di Lapangan Terbang Stansted pada pukul 10.50 malam selasa waktu tempatan (6.50 pagi Rabu waktu Malaysia).
Laporannya bersama rakan setugas Hasimi Muhamad di London.
Pulau Sibuan kembali dibuka semula hari ini
Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran di Semporna yang ditutup berikutan penemuan bom lama tinggalan Perang Dunia Kedua pada 7 Januari lalu akan dibuka semula hari ini.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
Mesir sedia jadi tuan rumah persidangan antarabangsa untuk pembinaan semua Gaza
Mesir menyatakan kesediaannya untuk menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza.
TWICE bakal 'Cheer Up' Once di Kuala Lumpur Julai ini
Once, adakah kalian terima Signal TWICE?