Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai salah faham antara dua aktres tersohor negara, iaitu Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida.

Terbaharu di InstaStory Umie, beliau memuat naik dua video yang menunjukkan satu pertemuan telah berlangsung antara dirinya dengan Erra Fazira.

Menerusi video yang bertarikh 14 Jun itu, Umie turut menyertakan teks 'semua salahkan aku... kerana tak maafkan dia... Ya Allah' - dipercayai merujuk kepada 'krisis' yang berlaku antara beliau dan teman baiknya itu.

Datin Umie Aida dilihat seperti sedang katakan sesuatu kepada Erra Fazira

BACA: Kali ketiga buat silap, Erra Fazira mohon maaf pada Umie Aida

BACA: 'Allah uji sebab sayang...' - Abby Abadi beri kata semangat kepada Erra Fazira

Pada masa sama, menerusi video tersebut juga menunjukkan bahawa Umie berpelukan Erra Fazira dan Erra kelihatan sebak semasa dipeluk oleh Umie.

Menerusi hantaran video itu, Umie juga berharap warganet tidak lagi bercakap tentang isu antara mereka itu, selain berdoa agar semua pihak berada dalam rahmat Allah.

Umie Aida memeluk Erra Fazira

Erra sebelum ini telah membuat permohonan maaf kepada Umie Aida melalui laman Instagramnya kerana telah mengecewakan teman baiknya buat kali ketiga.

Pencerahan dari pihak saya..

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on


Astro AWANI cuba mendapatkan Umie untuk mengulas perkembangan yang menggembirakan dan positif itu, namun aktres itu menolak dengan baik dan enggan lagi memanjangkan hal tersebut.

Semoga segala permasalahan atau kerumitan yang berlaku antara dua selebriti popular itu sudah bertemu noktah, dan silaturahim kembali mengukuh.

Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih.