Usher, penyanyi dan penulis lirik yang memenangi pelbagai anugerah Grammy, bakal membuat persembahan pada konsert pasca perlumbaan edisi ke-18 Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia dari 30 Sept hingga 2 Okt depan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, peminat sukan permotoran itu akan dihiburkan dengan persembahan bertaraf dunia selepas berakhirnya perlumbaan berkenaan.
"Tahun ini, kami berasa bangga dapat menampilkan persembahan hebat daripada Usher, yang menjadi antara artis paling laris dalam sejarah muzik Amerika.
"Hanya dengan satu tiket, peminat bukan sahaja dapat menyaksikan pemandu F1 terbaik dunia beraksi di depan mata malah, menikmati persembahan hebat artis antarabangsa yang menepati cita rasa pelbagai muzik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Usher pernah mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 2010.
Razlan berkata buat pertama kalinya, SIC akan memperkenalkan Star Stand iaitu zon tempat duduk khas di kawasan B Hillstand bagi membolehkan pemegang tiketnya menyaksikan konsert dan perlumbaan dengan lebih baik.
Sebelum ini, konsert diadakan di kawasan pendaratan helikopter tetapi tahun ini, SIC menawarkan pemandangan yang lebih baik untuk menyaksikan aksi di litar dan pentas.
"Bagi menyediakan lebih keselesaan kepada pemegang tiket Star Stand, kami turut menyediakan trak makanan selain kemudahan lain," katanya.
Tiket Star Stand dijual pada harga RM183.38 bagi dewasa dan RM93.28 untuk kanak-kanak.
Semua pemegang tiket GP F1 Malaysia layak menyaksikan konsert itu selepas perlumbaan pada 2 Okt.
Bernama
Mon Jul 18 2016

bakal membuat persembahan pada konsert pasca perlumbaan di SIC 30 dari 30 Sept hingga 2 Okt. - AFP Relaxnews

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Usher buat persembahan di Grand Prix F1 Malaysia
Peminat sukan permotoran F1 akan dihiburkan dengan persembahan bertaraf dunia selepas berakhirnya perlumbaan berkenaan.