PELAKON Fadzil Zahari menitipkan doa buat abangnya, Datuk Farid Kamil yang kini menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan di Penjara Kajang.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Fadzil meminta agar segala perkara dipermudahkan dengan izin Tuhan.

“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendakinya,” tulis Fadzil.

Fadzil turut memuat naik fotonya dengan Farid dalam entri yang sama.

Rata-rata pengikutnya turut bersimpati dan sedih dengan apa yang berlaku.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya”

A post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on


Malah mereka turut mendoakan yang terbaik buat Farid dan keluarga.

Rabu lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor memerintahkan Farid dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada Januari 2018.

Dalam prosiding itu, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Berikutan itu Farid dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula pada tarikh sabitan iaitu Rabu, 15 Mei 2019.