PADA 22 Februari akan datang, genap 27 tahun pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang pernah ditabalkan sebagai Penghibur Nombor Satu Asia.
Sejak pemergian penyanyi masyhur negara itu, terlalu banyak kisah mengenai keperibadian Sudirman yang dikongsi oleh kaum keluarga dan rakan-rakan karib Allahyarham.
Setiap cerita yang kedengaran semuanya mengagumi kehebatan penghibur rakyat yang meninggal dunia pada usia 37 tahun.
Dalam pelbagai kisah mengenai Allahyarham Sudirman, pengalaman wartawan yang pernah bersahabat baik dengan penghibur itu mungkin jarang dikongsi.
Kerana setiap wartawan khususnya yang mempunyai hubungan baik dengan mana-mana artis sekalipun, mereka lebih senang menyimpan pengalaman itu sebagai kenangan masa depan.
Jarang sekali wartawan di Malaysia khususnya wartawan hiburan yang bersedia untuk bercerita secara jujur mengenai persahabatan mereka dengan selebriti.
Bagaimanapun, bagi wartawan senior, Saodah Ismail beliau terpanggil untuk bercerita mengenai Allahyarham Sudirman selepas menyedari bahawa banyak hal mengenai kemuliaan peribadi sahabatnya itu yang tidak diketahui ramai.
Saodah atau lebih mesra disapa Odah berkata, sejujurnya, beliau juga sering ditanya oleh rakan-rakan serta peminat-peminat Sudirman yang memintanya menulis sebuah buku mengenai Allahyarham.
"Lama saya memikirkan untuk menulis pengalaman saya bersahabat dengan arwah Abang Sudir (panggilan untuk Allahyarham Sudirman). Apa pula isi kandungannya?. Namun selepas berbincang dengan rakan-akan, saya buat keputusan untuk berkongsi pengalaman menjadi salah seorang sahabat Allahyarham.
"Sepanjang mengenali arwah Abang Sudir banyak sisi peribadinya, kebijaksanannya, disiplin beliau dan kerja keras arwah yang saya fikir harus dikongsi dengan masyarakat.
"Arwah Abang Sudir memiliki persona yang orang lain tiada. Saya bertuah kerana pernah mengenalinya dan saya tidak mahu sia-siakan pengalaman berharga itu. Saya mahu orang lain dan generasi baharu mengenali kehebatan Allahyarham Sudirmah Haji Arshad," kata Saodah kepada Astro AWANI.
Buku yang pada masa ini mengggunakan tajuk sementara Sudirman Yang Ku Kenali, kata Saodah, dijangka dipasarkan menjelang bulan depan.
Selain memuatkan pengalaman peribadinya, Saodah yang juga bekas wartawan hiburan akhbar Berita Harian turut menemubual sahabat-sahabat dan kenalan Allahyarham Sudirman seperti penulis lirik terkenal, Habsah Hassan, bekas pengurus Sudirman, Dharanee, bekas pegawai di syarikat rakaman EMI, Norisah Sulaiman dan ramai lagi.
"Gabungan cerita pengalaman-pengalaman mereka yang mengenali Allahyarham Sudirman saya fikir akan memberikan pemahaman kepada pembaca dan orang ramai mengenai sifat rendah diri, pemurah dan penuh kasih sayang yang ada pada arwah," jelas Saodah yang mengambil masa hampir setahun mengumpul bahan serta menulis buku berkenaan.
Penulisan buku Sudirman Yang Ku Kenali ini, jelas Saodah, bukan berbentuk biografi, sebaliknya, ia sebuah naskhah yang hanya bercerita mengenai pengalaman mengenali Sudirman.
"Ini bukan biografi, jangan salah faham. Ia hanya catatan pengalaman peribadi saya serta beberapa rakan yang pernah mengenali Allahyarham Sudirman," kata Saodah lagi.
Allahyarham Sudirman merupakan penghibur kesayangan ramai yang membina kemasyhuran luar biasa sekitar pertengahan tahun 1970-an sehingga awal 1990-an.
Sejurus memenangi Bintang RTM pada 1976, Sudirman mendaki tangga-tangga kejayaan dalam gelanggang seni menerusi penghasilan album-album yang diterima ramai.
Sudirman dikagumi bukan sahaja kerana bakat seninya, bahkan, kecemerlangan dalam akademik sehingga memperoleh ijazah dalam bidang undang-undang menjadikan beliau berada di kelas tersendiri.
Antara lagu nyanyian Allahyarham yang sehingga kini menjadi siulan ialah Salam Terakhir, Merisik Khabar, Pelangi Petang, Anak Gembala, Antara Hujan dan Air Mata serta banyak lagi.
Allahyarham Sudirman meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru pada 22 Februari 1992 ketika namanya berada di puncak kegemilangan.
Saharudin Musthafa
Fri Jan 18 2019
MENJELANG bulan depan, sebuah buku mengenai Allahyarham Sudirman tulisan Saodah Ismail akan dipasarkan. - Gambar fail
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
"Saya rasa seolah-olah ada konspirasi..." - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin lagi, berdasarkan prestasi PN, kerajaan yang dipimpinnya itu tidak gagal.
Media Prima umum laksana penempatan keluar, kakitangan dijamin pampasan yang adil
Media Prima bakal laksana proses penempatan keluar kepada pekerja-pekerja yang terlibat pada suku pertama 2020
Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah
Industri media cetak di negara ini masih mempunyai masa hadapan meskipun ketika ini berhadapan dengan keadaan suram dari segi jualan dan pengiklanan
Wartawan Saodah Ismail bukukan kisah Allahyarham Sudirman
Buku yang pada masa ini mengggunakan tajuk sementara Sudirman Yang Ku Kenali, kata Saodah, dijangka dipasarkan menjelang bulan depan.
'Ini penganiayaan besar, saya tak tahu angkara siapa' - Izreen Azminda komen IG palsu
Pelakon Izreen Azminda, 33, meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan mewujudkan akaun Instagram (IG) palsu menggunakan namanya.
Suami Ziana Zain, Armin Zaharin bebas dengan jaminan
Suami Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, dilepas selepas dijamin oleh adiknya, hari ini.
Henti langgan Utusan, Berita Harian, cubaan tutup kelemahan pentadbiran Selangor
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan media merupakan medium yang berfungsi dalam memberi pengetahuan kepada masyarakat.
Tragedi Jumaat pertama Ramadan, mahasiswa UPNM maut tumpuan muka depan akhbar
Dua kisah menyayat hati namun berbeza latar jadi pilihan akhbar tempatan sebagai tajuk utama.
Pengakuan bertulis Justo tunjuk usaha terperinci guling kerajaan - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membuka kertas siasatan terhadap individu yang dinamakan oleh Justo dalam pengakuan bertulisnya.
Isu 1MDB perlu dijelaskan dengan bahasa mudah difahami - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat isu 1MDB tersebar ketika ini perlu dijelaskan dengan bahasa mudah.