Pembedahan yang berjaya membuang tumor 200 gram di mulut bayi berusia sembilan bulan itu yang dijalankan di sebuah hospital kanak-kanak di London hasil inisiatif beliau, menjadi viral semalam.
Beliau menduduki tempat kelapan antara tweet paling tinggi di Twitter, semalam (Rabu).
Rata-rata pengguna Twitter mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada beliau kerana kejayaan pembedahan tersebut dan bantuan yang dihulurkan bagi membolehkan Ainul Mardhiah dibawa ke London bersama kedua-dua ibu bapanya.
[[BACA: "Tak Tahu Dah Nak Kata Apa Dekat Dr. Amalina Ni..." - Bapa Ainul Mardhiah]]
Selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor menerusi akaun Twitternya, @Neelofa menyatakan kesyukuran atas kejayaan pembedahan itu dan mendoakan agar Ainul Mardhiah cepat sembuh.
"Alhamdulillah, berita baik! Semoga cepat sembuh Ainul dan terima kasih kepada pasukan yang hebat dan Dr Amalina atas usaha ini!"