Penyanyi kelahiran Malaysia bertaraf antarabangsa Yuna membuat kejutan apabila berani mengakui dirinya ‘sucks’.
Peminat pastinya tertanya-tertanya apa yang dimaksudkan oleh penyanyi itu menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.
Ternyata, perkataan ‘sucks’ yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada satu pengumuman perkhidmatan awam (PSA) untuk kempen Strawless Ocean dan semuanya untuk tujuan murni.
Ia bertujuan untuk tingkatkan kesedaran tentang penggunaan straw (penyedut minuman) dimana rakyat Amerika Syarikat dianggarkan menggunakan lebih 500 juta straw setiap hari.
BACA JUGA: Yuna memang dah cantik, si Adam pula... Haish! - Aishah Sinclair
VIDEO: Ini tujuh sebab Yuna pilih Adam Sinclair
BACA JUGA: Kolaborasi Yuna dan DJ Tokimonsta dalam 'Don't Call Me'
Dalam video berkenaan, beberapa selebriti menjelaskan bahawa pada tahun 2050, jika dibiarkan tabiat itu berterusan akan ada lebih banyak plastik dari straw berbanding ikan di laut.
Selain Yuna, video itu turut menampilkan Adrian Grenier selaku pengasas bersama Lonely Whale Foundation dan pelakon Kendrick Sampson.
Bintang Yuna terus bersinar di peringkat antarabangsa sebelum ini apabila terpilih untuk ditampilkan di dalam majalah fesyen terkenal 'Vogue Arabia'.
Sebelum itu, Yuna berpeluang menemuramah Quincy Jones sempena pelancaran fon kepala JBL Audio E55BT Quincy Edition.
Pada Sabtu, Yuna mengikat tali pertunangan dengan Adam Yousof Mohamad Sinclair pada satu majlis yang diadakan di kediaman ibu bapa beliau di Shah Alam.
Syafique Shuib
Wed Aug 09 2017

Perkataan 'sucks' yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada sata pengumuman perkhidmatan awam (PSA) media sosial. -Gambar: Instagram/@yunamusic
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Yuna akui dia 'sucks'
Perkataan 'sucks' yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada satu pengumuman perkhidmatan awam (PSA) media sosial.