PENYANYI popular, Yunalis Zarai menzahirkan rasa kesedihan selepas mengetahui berita mengenai kehilangan anak kepada pelakon Fauziah Nawi, Pitt Haniff yang dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pada Sabtu.

Yuna berkongsi kepada semua peminatnya bahawa Pitt pernah bekerjasama dengan dia dan suami, Adam Sinclair menerusi muzik video 'Blank Marquee'.

Dalam pada itu, Yuna meminta agar semua peminat dan juga rakyat Malaysia sama-sama mendoakan agar Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif ditemukan dalam keadaan selamat.

Selain itu, beberapa selebriti lain turut berkongsi kesedihan di laman Twitter.


BACA: Anak Fauziah Nawi dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis


BACA: "Saya buntu, hanya mampu berdoa" - Fauziah Nawi kehilangan kata-kata

Terkini, menurut Penolong Kanan Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Nor Hisham Mohammad ketika ini operasi pencarian Mohd Firdaus, 43, sedang giat dilakukan.