Ahli perniagaan dan aktivis masyarakat, Zakaria Abd Hamid dilantik sebagai pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin berkata turut dilantik ialah Presiden Yayasan KRU Datuk Norman Abdul Halim sebagai Timbalan Pengerusi FINAS.
"Ahli lembaga FINAS yang baharu akan diumumkan secepat mungkin dan ini adalah sebahagian langkah kita untuk menambah baik tugas-tugas FINAS," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir mengadakan tinjauan di program Sukarelawan COVID-19 Pertubuhan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) di Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini malam ini.
Sementara itu Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan berkata Zakaria yang mempunyai Sarjana Perancangan Bandar daripada California State University, Amerika Syarikat menggantikan Datuk Gerald Hans Isaac yang telah berkhidmat sejak April 2019.
Norman pula mempunyai pengalaman luas dalam industri media dan hiburan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
"KKMM yakin bahawa mereka akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berusaha untuk membangunkan lagi FINAS," kata kenyataan itu.
Pelantikan kedua-dua mereka yang berkuat kuasa hari ini adalah untuk tempoh dua tahun .
Dalam pada itu Saifuddin berkata satu pasukan petugas akan ditubuhkan yang bertujuan untuk merangka tindakan masa depan termasuk menyediakan pelan pemulihan ekonomi kepada karyawan dan penggiat seni tempatan yang terjejas dengan pandemik COVID-19.
Katanya pasukan petugas itu akan dipengerusi oleh beliau sendiri dengan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Nancy Shukri selaku pengerusi bersama serta dianggotai pemegang kepentingan daripada pelbagai agensi termasuk tokoh tertentu dan juga wakil masyarakat sivil.
Beliau berkata pada Rabu lepas kementerian itu telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan untuk menyampaikan input berkenaan usaha menghidupkan semula industri kreatif negara khususnya melibatkan pemain-pemain kecil.
"Minggu lalu kita sudah berikan kebenaran untuk memulakan filem dokumentari dan iklan selepas raya, bagi pemain-pemain besar mereka mungkin mampu untuk restart (menghidupkan semula aktiviti mereka dengan ) segera.
Tapi bagi pemain-pemain kecil... dua tiga bulan mereka tidak ada apa-apa pendapatan, jadi nak hidupkan semula itu memerlukan sedikit bantuan, itu antara kita cadangkan kepada kerajaan , kita tunggulah mudah-mudahan akan ada berita baik untuk penggiat seni," katanya.
Terdahulu Saifuddin melawat dan diberikan taklimat mengenai Sukarelawan COVID-19 Mantap yang bertujuan untuk menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada petugas perubatan khususnya hospital di Lembah Klang.
Program itu dijalankan oleh sukarelawan yang terdiri daripada lebih 20 pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung dan juga pelajar mobilisasi dari Indonesia yang terkandas di negara ini sejak dua bulan lepas kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 23 2020
Pelantikan kedua-dua mereka yang berkuat kuasa hari ini adalah untuk tempoh dua tahun. - Gambar fail
Empat maut, helikopter terhempas di hospital di Turkiye
Sebuah helikopter terhempas di sebuah hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.
Taman tema musim sejuk terbesar di dunia pamer kelainan
Taman tema musim sejuk terbesar di dunia, Harbin Ice-Snow World membuka pintu secara rasmi buat pengunjung pada Sabtu. Taman tema yang terletak di Harbin di wilayah Heilongjiang turut popular dengan jolokan 'bandar ais'.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan di Kuala Kangsar
Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar hari ini.
Piala ASEAN: Tiket habis dijual, penyokong Singapura merungut venue kecil
Perlawanan separuh akhir pertama akan diadakan di Stadium Jalan Besar yang mempunyai kapasiti 6,000 tempat duduk, Khamis ini.
Sesak lebih lima kilometer dari Ipoh ke Terowong Menora akibat kemalangan
Menurut PLUS, aliran trafik terhenti sepanjang 6.5 km akibat kerja-kerja pengalihan yang dijalankan setakat 7.20 malam.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
5 rakyat Palestin, termasuk 4 kanak-kanak, terbunuh serangan udara Israel di Jabalia
Lima rakyat Palestin, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah kediaman di bandar Jabalia, utara Gaza.
Trump ancam kembalikan Terusan Panama kepada AS sekiranya Panama tidak kurangkan caj
Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan AS sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
AWANI Ringkas: Tinggal dalam kereta | Serangan Zionis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.
Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.
FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu perlu ditambah baik dalam Akta Finas untuk memastikan aspek keselamatan sosial bagi pekerja industri kreatif di negara ini tidak diketepikan.
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.