Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) masih meneruskan pemantauan susulan kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini awal pagi tadi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kira-kira jam 1 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul memaklumkan Astro AWANI, pemantauan dilakukan untuk melihat sama ada masih berlaku pergerakan tanah di kawasan tersebut sejak kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi tadi.
"Pemantauan masih dilakukan dengan JKR di mana kita akan lihat sama ada wujud pergerakan tanah susulan kejadian tanah runtuh semalam.
"Secara keseluruhan operasi menyelamat telah pun selesai dan kini kita fokus untuk memantau situasi dari semasa ke semasa," kata Sani.
Dalam kejadian itu, seorang penunggang motosikal, Mohd Fareez, 21, dilaporkan patah kaki dan tangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Beliau tertimbus dalam runtuhan berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan penduduk berhampiran yang menyedari insiden terbabit.
Pihak bomba sebelum itu dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 1.02 pagi, tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.
Menurut Sani, sehingga kini, tiada mana-mana waris membuat laporan polis mengenai kehilangan ahli keluarga.
"Demi keselamatan, kami turut meminta penduduk dua rumah berhampiran berpindah sementara waktu. Kajian turut dilakukan bagi mengenalpasti tahap keselamatan tanah di kawasan ini," katanya.
Dilaporkan sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van milik penduduk taman itu turut tertimbus dalam runtuhan.
Runtuhan sepanjang hampir 100 meter dari kawasan rumah teres sehingga ke bekas lombong itu turut meranapkan tujuh unit kedai.
Sementara itu, Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan penduduk kira-kira 64 buah rumah kediaman berisiko tinggi akan dipindahkan ke SRA Serendah dan JKR Daerah Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Langat diarah mengambil alih operasi pembaikan jalan dengan segera
.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula mahu tindakan yang lebih proaktif diambil untuk menjamin keselamatan rakyat.
Bernama
Sat Nov 26 2016
Dilaporkan sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van milik penduduk taman itu turut tertimbus dalam runtuhan. - Sumber foto JBPM
Vietnam-Rusia tandatangani perjanjian berkaitan nuklear
Kerajaan Vietnam dan Rusia memeterai beberapa kerjasama termasuk berkaitan tenaga nuklear. Perjanjian itu dimeterai ketika lawatan kerja Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin di Hanoi pada Selasa.
Kanak-kanak Palestin alami trauma melampau
Serangan berterusan Israel di Gaza meninggalkan kesan psikologi yang amat mendalam terhadap kanak-kanak Palestin. Ini cerita seorang anak kecil bernama Mohammed Salem yang kini yatim piatu. Dia kehilangan kedua ibu bapanya serta saudara kembar dalam serangan tidak berperikemanusiaan Israel di wilayah itu.
Sydney tutup sembilan pantai
Sembilan pantai di Sydney, termasuk kawasan perairan terkenal Manly, ditutup kepada pengunjung hari ini, susulan bebola berona putih dan kelabu terdampar di pesisir pantai ketika kemuncak cuti musim panas.
Sesi pertama pendengaran perbicaraan Presiden Korea Selatan berakhir dalam 4 minit
Pemangku Presiden Mahkamah Moon Hyung Bae mengumumkan perbicaraan akan diteruskan seperti yang dijadualkan tanpa mengira kehadiran Suk Yeol, dengan sesi seterusnya ditetapkan pada Khamis pukul 2 petang.
Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
: ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau, di samping memupuk kerjasama dengan pemain industri global.
Polis tahan sembilan lelaki disyaki menyamar, rompak
Polis menahan sembilan lelaki warga tempatan kerana disyaki merompak sekumpulan pekerja kebun sayur dengan menyamar sebagai anggota penguat kuasa dan bersenjatakan parang, tengah malam Isnin.
Pistol, 67 butir peluru hidup ditemui dalam kotak misteri di Pantai Robina
Misteri sebuah kotak berbalut plastik hitam dijumpai di persisiran Pantai Robina di Butterworth, Pulau Pinang, awal pagi Selasa, terjawab dengan penemuan sepucuk pistol bersama kelopak peluru dan 67 butir peluru hidup di dalamnya.
Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, keseluhan proses berkaitan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) ini hanya mengambil masa 11 bulan sahaja.
Isu selesai, tiada ralat dalam soal dasar – PM
Isu yang berbangkit mengenai kedudukan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah selesai tanpa sebarang ralat dari segi dasar dan perundangan.
Skim harga maksimum diumum dalam masa terdekat
Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat
Pemandu bot maut, penumpang hilang dalam insiden bot karam
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, dua lagi penumpang terselamat.