Fakta: sejumlah 4.2 juta atau 29.2 peratus rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas didapati mengalami isu berkaitan masalah mental, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S.Subramaniam.
Ia bermaksud dinisbahkan seorang daripada tiga penduduk negara ini bermasalah dalam kesihatan mental, dengan prevalen tinggi dalam kalangan remaja berusia 16 hingga 19 tahun serta golongan berpendapatan rendah.
Kemurungan menjadi masalah mental utama, berpunca daripada pelbagai faktor iaitu krisis kewangan, pengangguran, tekanan kerja serta masalah perhubungan seperti penceraian, krisis keluarga, kurang pengetahuan keibubapaan, keganasan, salah guna substans dan faktor persekitaran.
Statistik hasil kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dilaksanakan pada 2015 itu menunjukkan peningkatan dua kali ganda dalam masa 10 tahun, di mana pada 2006 hanya 11.2 peratus daripada kumpulan usia terbabit mengalami gangguan mental.
"Pada awalnya saya sendiri tidak percaya dengan data tersebut. Tapi selepas menyemak semula cara kajian ini dibuat dan datanya, memang ia benar," katanya dalam sidang media di Kompleks Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.
Walaupun pelbagai usaha dijalankan KKM dalam menangani masalah ini seperti mewujudkan rawatan dan rehabilitasi mental di 48 buah hospital KKM dan empat institusi mental, didapati tidak ramai yang memanfaatkan kemudahan tersebut.
Justeru, beliau mencadangkan agar diperluaskan hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan serta agensi di peringkat akar umbi supaya usaha yang dilakukan di peringkat kementerian dapat disampaikan seterusnya difahami dan dimanfaatkan sebaiknya.
Ia kerana beliau melihat masyarakat lebih dekat dengan NGO peringkat akar umbi dan lebih mudah berurusan dengan badan-badan tersebut berbanding berhubung terus dengan pihak klinik dan hospital.
Pada masa sama, Dr. Subramaniam menegaskan bahawa masalah ini tidak dapat ditangani tanpa penglibatan menyeluruh daripada setiap kementerian.
"Kita perlu lihat kepada persekitaran sosial yang menyumbang kepada peningkatan ini seperti kewangan, pekerjaan, kekeluargaan dan pendidikan.
"Ia perlu diperbaiki setiap kementerian yang berkaitan dengan memperbetulkan kelemahan yang ada," ujarnya.
Sementara itu, Dr. Subramanaim memberitahu bahawa secara kasarnya masih belum cukup pakar psikatri di negara ini jika dibandingkan dengan jumlah pesakit.
Bagaimanapun, jumlahnya semakin meningkat berbanding beberapa tahun lepas dengan nisbah seorang pakar bagi setiap 100,000 pesakit ketika ini.
Israr Khalid
Wed Sep 28 2016
Walaupun pelbagai usaha dijalankan KKM dalam menangani masalah ini seperti mewujudkan rawatan dan rehabilitasi mental di 48 buah hospital KKM dan empat institusi mental, didapati tidak ramai yang memanfaatkan kemudahan tersebut. - Gambar fail
Pelarian di Sudan gigih cari rezeki dengan manisan
Golongan wanita berpeluang mempelajari kemahiran membuat manisan untuk mendapatkan makanan dan menjana pendapatan.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang alami kerugian tahunan RM14 juta
Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket, menyebabkan kerugian tahunan sekitar RM14 juta.
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
Guru dikhuatiri lemas: Operasi SAR bersambung pagi ini
Operasi mencari Murdani Ab Rahman, 53, ditangguhkan pada 9.30 malam berikutan faktor cuaca tidak mengizinkan.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Bagi mengimbas kembali legasi Allahyarham kita bersama Datuk Chuari Selamat, penulis lirik dan bekas penyampai radio popular RTM.
Leicester City pecat Cooper selepas hanya 12 perlawanan
Leicester City mengambil keputusan memecat jurulatih mereka, Steve Cooper pada Ahad selepas hanya mengendalikan 12 perlawanan.
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad Nawab di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Di jam ini kita bersama dengan penerbit dan penulis lirik Datuk Habsah Hassan untuk kita singkap pandangan peribadi terhadap Allayarham dan bagaimana legasi ditinggalkan arwah memberi kesan.
Tiga bekas menteri duduk sepentas, sokong pimpinan baharu KKM transformasi sektor kesihatan
Tiga bekas Menteri Kesihatan sepakat untuk memberi sokongan kepada kepimpinan baharu kementerian itu bagi mentransformasikan sektor kesihatan negara.
Tun Samy Vellu meninggal dunia
Bekas Presiden MIC Tun Samy Vellu meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.
MIC ubah cara berpolitik, kekal relevan - Subramaniam
Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk mengubah cara berpolitik sebagai pembangkang.
Kemenangan Pakatan Harapan, akhbar tempatan 'meriah'
Kesemua akhbar tempatan menjadikan berita kemenangan Pakatan Harapan sebagai tajuk utama.
Dr Subramaniam yakin sokongan pengundi Cina meningkat
Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata sokongan pengundi Cina semakin meningkat apabila mereka telah bosan dengan janji palsu parti pembangkang.
Sokongan kaum India lebih baik pada PRU14 - Dr Subramaniam
Keyakinan itu berdasarkan pada maklum balas daripada lebih 800,000 pengundi India di peringkat kebangsaan menerusi pelbagai program dan bantuan yang dilaksanakan.
Kementerian Kesihatan kaji khidmat 'doula'
Kementerian Kesihatan sedang meneliti sama ada khidmat 'doula' (pembantu ketika proses kelahiran) kepada wanita hamil wajar diteruskan atau sebaliknya.
Hasil siasatan kebakaran IPFN dijangka siap dua minggu lagi
Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan rasmi menerusi siasatan yang sedang giat dilakukan oleh pihak bomba bagi mengesan punca kebakaran.
#MalaysiaMemilih: Mampukah MCA dan Gerakan bertahan di Johor?
Pada PRU yang lepas, komponen Barisan Nasional di Johor selain UMNO tidak mencatatkan keputusan yang memberansangkan.
Rakyat Malaysia terlebih ambil garam setiap hari
Setiap rakyat Malaysia direkodkan telah terlebih mengambil garam setiap hari, ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.