Seramai 10,000 orang dijangka menghadiri majlis pelancaran 'Visit Beautiful Terengganu 2017' yang akan disempurnakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu ini.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata pelbagai aktiviti turut disediakan dari Sabtu hingga Isnin sempena pelancaran itu.
"Antaranya ialah promosi produk pelancongan di lapan daerah yang mempunyai keunikan tersendiri seperti Pahlawan Trail, Terengganu Peranakan Trail, Ulama Trail dan Penyu Menangis Trail.
"Pengunjung juga berpeluang melihat permainan tradisional Terengganu seperti terompah gergasi, kaki hantu, sepak raga ratus serta demonstrasi canting batik, ukiran kayu, tenunan songket dan anyaman," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan majlis pelancaran itu di Pulau Warisan di sini, hari ini.
'Visit Beautiful Terengganu 2017' diadakan selepas kejayaan penganjuran Tahun Melawat Terengganu pada 1997, 2008 dan 2013.
Wan Abdul Hakim berkata tujuh pengusaha nasi lemak di negeri itu akan menyediakan hidangan berkenaan dan minuman percuma untuk 1,000 pengunjung terawal sepanjang tiga hari majlis itu.
"Pengagihan nasi lemak percuma bermula seawal 9.30 pagi... ia diharap memberi sedikit keselesaan kepada pengunjung yang datang awal pagi ke majlis itu.
"Kerajaan negeri berharap rakyat Terengganu dapat beramai-ramai memeriahkan majlis pelancaran ini dan mengalami sendiri keunikan Terengganu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2016
![10,000 orang dijangka hadiri pelancaran 'Visit Beautiful Terengganu 2017' Sabtu ini 10,000 orang dijangka hadiri pelancaran 'Visit Beautiful Terengganu 2017' Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482849254_logo.jpg)
Seramai 10,000 orang dijangka menghadiri majlis pelancaran 'Visit Beautiful Terengganu 2017' yang akan disempurnakan Sultan Terengganu. - Gambar fail
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
Pemuliharaan Tapir: Pusat pemuliharaan kedua di Negeri Sembilan menjelang 2027
Sebanyak 112 Tapir Malaya terkorban akibat kemalangan jalan raya di jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebaik menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang tiba di lokasi jam 5.49 petang.
Pemandu lori maut dalam kemalangan, diserang sakit jantung
Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu yang menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Zaidi Adruce pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.

Op selamat 23 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Trump hubungi dua presiden, tekad tamatkan perang Rusia-Ukraine
Presiden America Syarikat, Donald Trump membincangkan perang di Ukraine dalam panggilan telefon dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy.
![Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Isu pindaan Akta Perhimpunan Aman, pelabur asing tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) akan bertanyakan perkara itu kepada Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Kekejaman zionis: Infrastruktur penduduk ranap di Tebing Barat
Serpihan bangunan yang musnah akibat keganasan Israel di kem pelarian Al Faraa di Tebing Barat mula dibersihkan pada Rabu.
Menurut penduduk tempatan, tentera Israel telah beroperasi di kawasan itu selama sebelas hari sebagai sebahagian daripada operasi berskala besar yang sedang dijalankan di Tebing Barat.
Menurut penduduk tempatan, tentera Israel telah beroperasi di kawasan itu selama sebelas hari sebagai sebahagian daripada operasi berskala besar yang sedang dijalankan di Tebing Barat.
Houthi sedia serang Israel jika perang Gaza diteruskan
Kumpulan Houthi di Yaman bersedia menyerang Israel sekiranya negara itu mengingkari perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan meneruskan serangan terhadap Gaza.
Rusia bebas guru AS selepas lebih tiga tahun dipenjara
White House mengumumkan, pihak berkuasa Rusia membebaskan seorang guru warganegara Amerika Syarikat (AS), Marc Fogel selepas tiga tahun setengah dipenjara.
![Hasrat murni pemancing cuba selamat penumpang bertukar tragedi Hasrat murni pemancing cuba selamat penumpang bertukar tragedi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549671161_StormSungai.jpg)
Hasrat murni pemancing cuba selamat penumpang bertukar tragedi
Abdul Bari Asyraf Mohd sedang memancing bersama seorang rakannya sebelum sebuah Mitsubishi Storm yang diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelongsor dan terjunam ke dalam sungai.
![10,000 orang dijangka hadiri pelancaran 'Visit Beautiful Terengganu 2017' Sabtu ini 10,000 orang dijangka hadiri pelancaran 'Visit Beautiful Terengganu 2017' Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482849254_logo.jpg)
10,000 orang dijangka hadiri pelancaran 'Visit Beautiful Terengganu 2017' Sabtu ini
Seramai 10,000 orang dijangka menghadiri majlis pelancaran 'Visit Beautiful Terengganu 2017' yang akan disempurnakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu ini.
180 sertai KFC Regata Monsun mulai esok
Seramai 180 peserta dari 15 pasukan termasuk dari Singapura dan Thailand akan mengambil bahagian dalam kejohanan perahu layar KFC Regata Monsun 2012.