ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 21 Januari 2020.
1) "Tanpa kawan saya mungkin dah masuk penjara" - Ahmad Maslan
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berdepan dua tuduhan berkaitan penggubahan wang haram berjumlah RM2 juta berterima kasih kepada rakan seperjuangannya.
2) Syed Saddiq bidas tindakan sekutu Anwar, DAP desak Tun M tanpa henti
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan sejumlah penyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara berterusan mempersoalkan kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad.
3) Pengarah KEMAS ditahan SPRM Kelantan
Tangkapan dibuat terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai membabitkan tuntutan palsu bagi program anjuran KEMAS.
4) Akhirnya... Harry, Meghan dan Archie bersatu di Kanada
Putera Harry, 35, selamat tiba di Kanada pada pukul 9.47 malam waktu tempatan selepas membuat keputusan menarik diri daripada tugas-tugas diraja.
5) Pemilik suara klip audio diumum minggu ini - KPN
Pemilik suara rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka diumumkan minggu ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
6) "Dr Mahathir perlu pikul tanggungjawab" - Setiausaha AMK
Dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, Syukri juga menggesa Dr Mahathir jangan cuba melepas diri dengan menuding jari kepada orang lain.
7) Polis siasat kematian misteri tiga kanak-kanak dalam rumah
Polis Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat misteri kematian tiga beradik melibatkan seorang bayi 7 bulan, serta dua kanak-kanak berusia 2 tahun dan 3 tahun dalam rumah mereka di Phoenix, Arizona.
8) Paip air panas hotel pecah, 5 maut
Seorang kanak-kanak dilaporkan antara yang menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku pada Isnin di pergunungan Ural, Rusia.
9) Lapan pelancong meninggal dunia selepas menginap di resort di Nepal
Kesemua mereka adalah sebahagian daripada 15 pelancong yang menyertai rombongan lawatan ke Nepal dari Kerala.
10) Taman tema dikecam paksa babi terjun bungee
Pengendali sebuah taman tema di wilayah Sichuan, China menerima kecaman ramai selepas memaksa seekor babi melakukan aksi bungee jumping dari menara setinggi lebih 70 meter.
Astro Awani
Tue Jan 21 2020

10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.