Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan sebanyak 10 juta penutup hidung dan mulut akan mula dibekalkan pengeluar dalam tempoh seminggu bagi memenuhi permintaan pengguna susulan penularan jangkitan COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pengeluaran penutup hidung dan mulut itu selaras dengan jaminan kerajaan kepada pengeluar terhadap permintaan mereka bagi membantu meningkatkan jumlah pengeluaran daripada biasa ekoran permintaan yang tinggi dan stok di pasaran terjejas.
"Pihak KPDNHEP telah mengadakan pertemuan dengan industri atau pengeluar penutup hidung dan mulut di negara ini bagi mengetahui keupayaan mereka membekalkan produk itu dalam tempoh terdekat dan antara kekangan yang dihadapi ialah pekerja, peraturan melibatkan syif dan pengecualian cukai bagi bahan mentah yang diperoleh dari luar.
"Jadi, saya beri jaminan kepada mereka bahawa kerajaan akan penuhi permintaan mereka dan kita telah berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan agar industri dapat mempercepatkan pengeluaran penutup hidung dan mulut dan bersedia meningkatkan pengeluaran mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Food Bank Siswa Politeknik Melaka Peringkat Negeri Melaka 2020 di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 23 kes membabitkan kesalahan menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga kawalan, tidak mempamerkan tanda harga (tiga kes) dan tidak mengenakan apa-apa syarat jualan (lima kes) melibatkan kompaun berjumlah RM62,400 dalam tempoh 29 Januari hingga Khamis (20 Feb).
"Peniaga sepatutnya tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dalam situasi ini sebaliknya memainkan peranan bersama-sama membantu memastikan bekalan cukup dan harga tidak dinaikkan.
"Mereka yang menjual topeng muka melebihi harga yang diwartakan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011," katanya.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata jumlah penderma Program Food Bank Siswa dijangka meningkat kira-kira 20 peratus berbanding 430 pengeluar atau industri makanan pada masa kini setelah Rang Undang-Undang (RUU) Penderma Makanan 2019 diluluskan pada 9 Okt tahun lepas.
Katanya setelah RUU itu diluluskan, syarikat pengeluar dan pengedar makanan terkemuka menunjukkan respons positif dengan mereka tampil secara sukarela berbanding pihaknya perlu mencari mereka sebelum ini.
"Justeru, kita menyasarkan untuk memperluaskan Program Food Bank Siswa ke 123 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Swasta, Institut Pendidikan Guru dan politeknik di seluruh negara melibatkan kira-kira 12,300 orang pada tahun ini," katanya.
Beliau berkata program berkenaan telah memberi manfaat kepada 12,251 pelajar di 21 IPT awam pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 21 2020

Kerajaan menjamin industri dapat mempercepatkan pengeluaran penutup hidung dan mulut dan bersedia meningkatkan pengeluaran mereka. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.

Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus
Semakan menunjukkan peruncit dan farmasi mempunyai bekalan yang mencukupi dan sedang mengisi semula stok di premis mereka.

Bahagian 11 Akta 829 dilanjutkan sehingga 22 Okt 2022
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Dis.

COVID-19: Kajian dakwa bisa ular mungkin jadi penghalang pembiakan virus
Molekul dari bisa ular kapak jenis 'jararacussu pit' itu mampu mengekang pembiakan virus tersebut sebanyak 75 peratus di dalam monyet.

UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai
Program itu bertujuan untuk menghasilkan data tentang perlindungan antibodi bagi individu mengikut jangkitan varian COVID-19 berbeza.

COVID-19: 19,807 kes baharu, 232 kematian dalam 24 jam
Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah (2,638 kes) dan Kedah (1,948 kes).

COVID-19: Jumlah kematian kini 13,077, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM
Kadar peratusan bagi pesakit yang tidak mempunyai gejala adalah sebanyak 47.6 peratus atau bersamaan 9,351 kes.

COVID-19: Angka menurun lagi, 19,631 kes baharu direkodkan, 293 kematian
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan sejak pandemik itu menular ialah sebanyak 1,444,270.

COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja
Kategori komuniti pula merekodkan 11 kluster manakala kluster lain yang dikesan KKM ialah kategori Institusi Pendidikan dan Kumpulan Berisiko Tinggi.

COVID-19: 85 pesakit kritikal antara tumpuan kenyataan media KKM
Trend jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan pertambahan sebanyak 19,740 kes.