Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 10 kes baharu (kes ke-84 hingga kes ke-93) jangkitan COVID-19 di negara ini, setakat jam 12 tengah hari, hari ini (Sabtu).
Dalam satu kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kes tersebut telah dikesan untuk rawatan selanjutnya, selain menambah, kontak-kontak rapat bagi kes berkenaan juga sedang dikenal pasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.
"Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan kontak rapat kepada kes ke-33 di mana, empat (4) kes iaitu kes ke-85, 86, 87 dan 93 merupakan generasi pertama kontak rapat kepada kes ke-33, manakala enam (6) kes baharu ini pula merupakan generasi kedua iaitu kontak rapat kepada kes ke-33 iaitu kes ke-84, 88, 89, 90, 91, dan 92.
"Kesemua kes ini telah dikesan semasa aktiviti pengesanan kontak dan telah dimasukkan ke hospital bagi isolasi dan rawatan selanjutnya," kata kenyataan itu.
Sementara itu, hasil siasatan terkini terhadap kontak-kontak rapat kepada kes ke-26, mendapati satu kluster jangkitan COVID-19 berkait dengan kes ke-33. Sejumlah 132 kontak rapat telah dikenal pasti berkait dengan kes tersebut.
Daripada jumlah tersebut, 18 kes telah disahkan positif, kini masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil. Manakala, 38 kontak rapat adalah negatif dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk tempoh 14 hari.
"Keputusan makmal bagi 76 lagi kontak rapat masih belum diperolehi namun semua kontak rapat ini dilaporkan sihat dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah," kata Noor Hisham.
KKM masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih diteruskan bagi mengenal pasti punca di mana kes mendapat jangkitan dan seterusnya mencegah penularan jangkitan tersebut.
Astro Awani
Sat Mar 07 2020
NOOR HISHAM: Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini merupakan kontak rapat kepada kes ke-33. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.