Seramai 10 pelajar lelaki dari Asrama Akhlak Gajah Mati, Pokok Sena dekat sini dilaporkan telah melarikan diri dari asrama itu petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian berlaku antara pukul 5.30 petang hingga 9 malam selepas ia disedari pembantu pegawai pembangunan masyarakat yang berada di asrama itu malam tadi.
Katanya, mereka yang meloloskan diri ialah sembilan remaja warga tempatan dan seorang warganegara Thailand berusia antara 14 hingga 17 tahun.
"Suspek melarikan diri melalui pintu pagar bahagian belakang asrama dengan cara mengumpil pintu dan memotong pagar. Setelah semakan dibuat mendapati 10 tahanan telah hilang iaitu sembilan remaja warga tempatan dan seorang remaja warganegara Thailand," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, kesemua yang melarikan diri masih berpakaian baju -T berwarna biru dan merah.
"Tahanan yang melarikan diri antaranya mempunyai tiga rekod dadah dan selebihnya rekod jenayah yang mana lapan daripadanya telah dijatuhkan hukuman manakala yang selebihnya masih dalam perbicaraan.
Katanya, sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan usaha mengesan kesemua suspek sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Sekyen 223/224 Kanun Keseksaan. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 19 2018

Kejadian berlaku antara pukul 5.30 petang hingga 9 malam tadi selepas ia disedari pembantu pegawai pembangunan masyarakat yang berada di asrama itu. - Google Maps

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

10 pelajar asrama akhlak di Pokok Sena meloloskan diri
Seramai 10 pelajar lelaki dari Asrama Akhlak Gajah Mati, Pokok Sena dilaporkan telah melarikan diri dari asrama itu petang semalam.