Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 11 Mei ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan, kata Pengerusinya, Azhar Harun.
Selain itu, beliau berkata, tarikh-tarikh penting yang lain ialah 27 April sebagai tarikh penamaan calon dan 7 Mei sebagai tarikh mengundi awal.
“SPR telah terima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusof pada 29 Mac berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.186 Sandakan, berikutan kemaitan penyandangnya mendiang Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh pada 28 Mac 2019.
“Sehubungan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas hari ini dan tetapkan satu PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan iaitu 29 Mac 2019 bagi mengisi kekosongan di kerusi Parlimen berkenaan,” katanya kepada sidang media di Menara SPR, di sini hari ini.
Kerusi Parlimen itu kosong selepas kematian penyandangnya Wong, akibat serangan jantung, pada 28 Mac lepas.
Bagi menjalankan proses PRK itu, Azhar berkata, SPR telah melantik Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Mohd Hamsan Awang Supian sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya, dibantu lima orang Penolong Pegawai Pengurus.
Selain itu, katanya lagi, SPR akan menggunakan Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua, Sandakan sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.
“Seramai 770 orang petugas dilantik bagi mengendalikan proses PRK Sandakan, manakala 21 buah Pusat Mengundi mengandungi 92 saluran akan digunakan bagi kemudahan mengundi.
“PRK ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM3.1 juta,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Apr 05 2019
![11 Mei tarikh pengundian PRK Sandakan - Pengerusi SPR 11 Mei tarikh pengundian PRK Sandakan - Pengerusi SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71554438041_SPRpengerusi.jpg)
kata Azhar Harun, seramai 770 orang petugas dilantik bagi mengendalikan proses PRK Sandakan.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
“Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here..” - Sultan Pahang
Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI berkaitan perancangan baginda tentang pembangunan negeri itu.
Jangan bertelagah kerana sebab-sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
![67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan 67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738982410_TBSesimenembakPLKN.jpg)
67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan
Mereka yang terdiri daripada 40 lelaki dan 24 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan jurulatih dari TDM dan TUDM.
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI, baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai satu lagi produk tarikan pelancongan sempena musim perayaan.
![Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738979579_tbAbangJohariKuch.jpg)
Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak menunjukkan penurunan setakat pagi ini.
!['Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang 'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738978648_sultanpahang.jpg)
'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.
![Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738975701_HarryMaguire.jpg)
Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.
![Pengerusi SPR tidak perlu letak jawatan - Pas Pengerusi SPR tidak perlu letak jawatan - Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583581611_takiyuddinhassan.jpg)
Pengerusi SPR tidak perlu letak jawatan - Pas
Parti Islam Semalaysia (Pas) berpendapat, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Harun tidak perlu meletakkan jawatan seperti yang didesak segelintir pihak.
![11 Mei tarikh pengundian PRK Sandakan - Pengerusi SPR 11 Mei tarikh pengundian PRK Sandakan - Pengerusi SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71554438041_SPRpengerusi.jpg)
11 Mei tarikh pengundian PRK Sandakan - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 11 Mei ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan, kata Pengerusinya, Azhar Harun.
![Azhar jangan hina Kelantan Azhar jangan hina Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436348250_DATUKAHMADYAKOB.jpg)
Azhar jangan hina Kelantan
Pengerusi SPR itu digesa lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan umum.
![Tak elok buat begini - Azhar Harun Tak elok buat begini - Azhar Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549938420_TBTweetPalsuDegree.jpg)
Tak elok buat begini - Azhar Harun
Apakah motif utama penyebaran maklumat palsu berkaitan seksyen di dalam Kanun Keseksaan?
![PRK Port Dickson: SPR sahkan Anwar layak bertanding PRK Port Dickson: SPR sahkan Anwar layak bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51533724168_950x600.jpg)
PRK Port Dickson: SPR sahkan Anwar layak bertanding
Kelayakan Anwar disahkan berdasarkan pengampunan penuh yang diberikan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong.
![SPR jangka 70% peratusan keluar mengundi pada PRK Port Dickson SPR jangka 70% peratusan keluar mengundi pada PRK Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539040456_PRK.jpg)
SPR jangka 70% peratusan keluar mengundi pada PRK Port Dickson
Pengerusi SPR Azhar Harun berkata ini berdasarkan kepadafaktor termasuk calon-calon yang nampaknya menjadi tarikan kepadapengundi di kawasan itu.
![PRK Port Dickson ujian pertama sebagai pengerusi SPR baharu PRK Port Dickson ujian pertama sebagai pengerusi SPR baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61538107245_SPRpengerusi.jpg)
PRK Port Dickson ujian pertama sebagai pengerusi SPR baharu
Azhar akan memastikan perjalanan PRK Port Dickson berjalan dengan adil dan bersih sepertimana termaktub dalam undang-undang negara.
![Mengapa orang Islam menuntut mereka dihormati hanya kerana berpuasa? Mengapa orang Islam menuntut mereka dihormati hanya kerana berpuasa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435125871_AzharHarun.jpg)
"Mengapa orang Islam menuntut mereka dihormati hanya kerana berpuasa?"
Dalam status tersebut, Azhar meluahkan pendapat tentang isu umat Islam dan kehendak mereka untuk dihormati sepanjang bulan Ramadan.