Seramai 137 penduduk dari 17 kampung di Pos Kemar, Hulu Perak dikesan positif malaria dalam pemeriksaan darah beramai-ramai (MBS) yang dijalankan sehingga Rabu lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, mereka terdiri daripada 72 lelaki dan 65 perempuan termasuk 79 kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah yang kesemuanya positif malaria jenis Plasmodium vivax (P. vivax), kecuali satu kes Plasmodium falciparum.
"Selepas MBS dijalankan di kampung berkenaan, pemantauan berterusan akan dilakukan petugas kesihatan. Mana-mana individu yang mengalami demam perlu menjalani pemeriksaan darah untuk malaria," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Menurutnya, wabak malaria di Pos Kemar mula dilaporkan pada 16 November lepas apabila tiga orang penduduk didapati positif oleh kakitangan kesihatan di lapangan untuk jangkitan malaria jenis P. vivax selepas mereka mengadu mengalami demam berpanjangan.
Sebelum ini, Pos Kemar telah diisytiharkan sebagai kawasan bebas malaria (kawasan hijau) memandangkan tiada kes malaria dilaporkan di kawasan itu sejak lebih dari tiga tahun lepas.
Dr Noor Hisham berkata selain MBS, aktiviti-aktiviti kawalan lain telah dipertingkatkan di kampung terlibat.
Sehingga Rabu lepas, katanya sebanyak 724 rumah (100 peratus) di kawasan Pos Kemar telah disembur dengan racun pembunuh nyamuk, dan kesemua penduduknya telah dibekalkan dengan kelambu berubat.
"Aktiviti kawalan turut diperkukuhkan melalui aktiviti larvaciding bagi mencegah pembiakan nyamuk Anopheles di Pos Kemar," katanya.
Selaras dengan Pelan Strategik Eliminasi Malaria, katanya aktiviti MBS akan diulangi semula selepas sebulan dari tarikh MBS pertama bagi memastikan kes baharu berjaya dikesan dan seterusnya mengekang menyebaran jangkitan malaria secara berleluasa.
"MBS kedua akan bermula 27 Disember di kampung yang melaporkan kadar insiden malaria melebihi satu peratus," katanya.
Dr Noor Hisham berkata di kampung lain, aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) akan turut dilaksanakan.
Bagi aktiviti ACD, katanya kakitangan kesihatan akan melawat kampung berkenaan dan hanya mereka yang menunjukkan gejala demam akan diambil contoh darah.
"Pihak Kementerian Kesihatan menjangkakan jumlah kes yang dikesan akan berkurangan di pusingan MBS kedua ini," katanya.
Beliau berkata wabak semasa yang berlaku di Pos Kemar adalah kerana parasit malaria dibawa masuk oleh pesakit dari luar kawasan dengan risiko utama adalah melalui kemasukan pekerja asing ke kawasan ini.
Sehubungan itu, katanya menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan pekerja asing yang diambil bekerja telah disaring bagi mengesan jangkitan malaria bagi mengelakkan pekerja asing ini menjadi punca jangkitan dalam kalangan masyarakat tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016
![137 penduduk Pos Kemar positif malaria - KP Kesihatan 137 penduduk Pos Kemar positif malaria - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437747508_Malaria.jpg)
Wabak malaria di Pos Kemar mula dilaporkan pada 16 November lepas apabila tiga orang penduduk didapati positif oleh kakitangan kesihatan. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Malaysia gagal catat kemajuan dalam Indeks Persepsi Rasuah
Dengan skor 50 mata, Malaysia berada di tangga ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2024, kekal di posisi sama seperti 2023. Apa faktor negara gagal mencatat kemajuan dan bagaimana kita memastikan situasi bertambah baik bergerak ke hadapan? Ikuti temu bual bersama Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan.
![Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262284_TembakSetiaAlam.jpg)
Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin suspek kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lepas akan ditahan dalam masa terdekat.
![Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739262166_HinaAgong.jpg)
Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
AWANI Ringkas: Malaysia dan Turkiye semakin erat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262702_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
![Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728377712_TBTokMat.jpg)
Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pendirian itu ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi pada Isnin.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736871469_TBAI.jpg)
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Kes demam denggi turun 9.5 peratus pada ME26 - KP Kesihatan Kes demam denggi turun 9.5 peratus pada ME26 - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670554510_denggi.jpg)
Kes demam denggi turun 9.5 peratus pada ME26 - KP Kesihatan
Sejumlah 2,336 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-26 (ME26) iaitu bagi tempoh 25 Jun hingga 1 Julai lepas, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
![COVID-19: Individu positif tidak perlu ujian ulangan selepas selesai kuarantin - KP Kesihatan COVID-19: Individu positif tidak perlu ujian ulangan selepas selesai kuarantin - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644226432_DrNoorHishamAbdul.jpg)
COVID-19: Individu positif tidak perlu ujian ulangan selepas selesai kuarantin - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) menekankan ujian ulangan tidak perlu bagi individu positif COVID-19 yang selesai menjalani kuarantin.
![PPV Mega ditutup bermula 16 Mac - KP Kesihatan PPV Mega ditutup bermula 16 Mac - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642166252_TBPPV.jpg)
PPV Mega ditutup bermula 16 Mac - KP Kesihatan
Semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan ditutup bermula 16 Mac ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
![Lapor, dapatkan rawatan jika alami kesan serius vaksin - KP Kesihatan Lapor, dapatkan rawatan jika alami kesan serius vaksin - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645021223_NoorHishamAbdullah.jpg)
Lapor, dapatkan rawatan jika alami kesan serius vaksin - KP Kesihatan
Penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius atau berpanjangan dinasihat merujuk kepada fasiliti kesihatan berhampiran dan mendapatkan rawatan segera.
![Hanya 25 kes miokarditis dikesan selepas terima vaksin - KP Kesihatan Hanya 25 kes miokarditis dikesan selepas terima vaksin - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641628505_NoorHisham.jpg)
Hanya 25 kes miokarditis dikesan selepas terima vaksin - KP Kesihatan
Hanya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dikesan dalam tempoh 21 hari selepas individu menerima vaksinasi COVID-19.
![COVID-19: Hanya 1.6 peratus kes baharu kategori 3, 4, dan 5 - Dr Noor Hisham COVID-19: Hanya 1.6 peratus kes baharu kategori 3, 4, dan 5 - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630999337_TBSABAH.jpg)
COVID-19: Hanya 1.6 peratus kes baharu kategori 3, 4, dan 5 - Dr Noor Hisham
Jumlah kes sembuh harian sebanyak 23,469 meningkatkan peratusan kes kumulatif sembuh kepada 88.9 peratus.
![COVID-19: Hanya 1.5 peratus kes baharu dalam kategori 3, 4, dan 5 - KP Kesihatan COVID-19: Hanya 1.5 peratus kes baharu dalam kategori 3, 4, dan 5 - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627391840_DrNoorHisham.jpg)
COVID-19: Hanya 1.5 peratus kes baharu dalam kategori 3, 4, dan 5 - KP Kesihatan
24,813 kes telah sembuh sepenuhnya, menjadikan peratusan meningkat kepada 87.5 peratus.
![Kes baharu COVID-19 hari ini jatuh kepada 16,073, Sarawak masih tertinggi - KP Kesihatan Kes baharu COVID-19 hari ini jatuh kepada 16,073, Sarawak masih tertinggi - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631013442_SaringanCovid.jpg)
Kes baharu COVID-19 hari ini jatuh kepada 16,073, Sarawak masih tertinggi - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah angka 1,995,771 kes.
![COVID-19: 20,988 kes baharu hari ini, kumulatif kes 1,786,004 - KP Kesihatan COVID-19: 20,988 kes baharu hari ini, kumulatif kes 1,786,004 - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630568939_TBCOVIDMERDEKA.jpg)
COVID-19: 20,988 kes baharu hari ini, kumulatif kes 1,786,004 - KP Kesihatan
Sebanyak 20,988 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Khamis, meningkat berbanding 18,762 semalam.
![COVID-19: Hanya 0.8 peratus daripada keseluruhan 12,541 kes libatkan kategori 4, 5 - KP Kesihatan COVID-19: Hanya 0.8 peratus daripada keseluruhan 12,541 kes libatkan kategori 4, 5 - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623932841_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg)
COVID-19: Hanya 0.8 peratus daripada keseluruhan 12,541 kes libatkan kategori 4, 5 - KP Kesihatan
Daripada keseluruhan 12,541 kes, hanya 49 kes dalam kategori empat, dan 54 kes dalam kategori lima.