Kes baharu COVID-19 di negara ini menunjukkan penurunan selepas 15 kes baharu direkodkan pada Selasa, berbanding 21 kes pada hari sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini adalah sebanyak 8,815 kes.
Daripada jumlah kes baharu itu, empat kes dikesan membabitkan kes import, sementara 11 lagi adalah kes penularan dalam negara.
"Ingin dimaklumkan daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.
"Empat kes import tersebut adalah dari negara Belanda (satu kes); Arab Saudi (satu kes); United Kingdom (satu kes); dan Indonesia (satu kes).
"Daripada 11 kes penularan di dalam negara, 10 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan kemasukan baharu ke Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semuja, Sarawak," katanya dalam sidang media di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak tujuh kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes pulih dan discaj adalah 8,562 kes atau 97.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Selain itu, tiada sebarang kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di negara ini pada Selasa, katanya.
"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," kata beliau lagi.
Dr Noor HIsham turut menjelaskan, sebanyak empat kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.
Setakat ini, terdapat 130 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini, dan kesemua mereka telah diasingkan.
Perincian baki kes penularan COVID-19 dalam negara dalam kalangan warganegara Malaysia (10 kes) adalah :
i. Sarawak – Lapan kes: Lima kes daripada Kluster Sentosa.
Kluster ini akan diperincikan di bawah;
- Satu (1) kes daripada Kluster Pusat Perubatan Kuching;
- Satu (1) kes daripada Kluster Stutong;
- Satu (1) kes saringan kendiri (beliau merupakan penjaga kepada pesakit yang dirawat di sebuah pusat perubatan). Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak;
ii. Selangor: Satu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI), dimasukkan ke Hospital Ampang;
iii. Sabah: Satu kes saringan Influenza Like Illness (ILI), dimasukkan ke Hospital Tawau.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 21 2020
Setakat ini, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 130 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini dan kesemua mereka telah diasingkan. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.