Sebanyak 15 negara yang terlibat dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), telah memuktamadkan rundingan pada malam tadi tanpa penyertaan India, sekali gus membuka laluan bagi pemeteraian perjanjian perdagangan yang disifatkan sebagai terbesar di dunia.
RCEP yang melalui proses rundingan getir selama tujuh tahun, berjaya diputuskan seiring dengan berakhirnya Sidang Kemuncak ke-35 ASEAN, malam tadi.
Pengumuman yang dibuat menerusi kenyataan bersama pemimpin selepas Mesyuarat RCEP Ketiga, bagaimanapun menyatakan bahawa India tidak menyertai usaha itu kerana masih berdepan isu-isu penting tertangguh yang terbukti belum dapat dileraikan.
"Kami mengambil maklum bahawa 15 negara terlibat dalam RCEP telah memuktamadkan rundingan berasaskan teks membabitkan kesemua 20 bahagian dan secara asasnya meliputi isu akses pasaran masing-masing; dan telah mempertanggungjawabkan ini diperhalusi dari segi perundangan bagi tujuan pemeteraian pada 2020.
"Semua negara terbabit itu akan bekerjasama untuk menyelesaikan isu tertangguh menerusi kaedah yang dapat memuaskan semua pihak. Keputusan akhir India akan bergantung kepada resolusi memuaskan membabitkan semua isu tersebut," kata kenyataan itu.
BACA: 15 negara RCEP sudah setuju, hanya India yang enggan
Perjanjian itu dijangka dapat dimeterai pada tahun depan.
Terdahulu, semua pemimpin ASEAN dan enam rakan dialognya iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand menghadiri mesyuarat berkenaan.
Malaysia telah diwakili oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.
BACA: Thailand gesa pemimpin ASEAN muktamadkan RCEP
Menurut kenyataan itu, RCEP mampu memacu prospek pertumbuhan rantau ini secara ketara pada masa depan selain menyumbang secara positif kepada ekonomi global serta berperanan sebagai teras sokongan kepada sistem perdagangan pelbagai hala dan menggalakkan pembangunan ekonomi merentasi rantau ini.
"Sejajar dengan persekitaran global yang pesat berubah, pemuktamadan rundingan RCEP ini akan turut memaparkan komitmen kolektif kita terhadap perdagangan dan persekitaran pelaburan yang terbuka di serata rantau ini.
"Kita membincangkan satu perjanjian yang bertujuan melonjakkan perkembangan serta memperkukuh rantaian nilai serantau demi manfaat perniagaan (rantau ini) termasuk perusahaan kecil dan sederhana serta pekerja, pengeluar dan penggunanya," kata kenyataan itu.
BACA: Tujuh pemimpin ASEAN boikot Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat
RCEP dilancarkan pada 2012 di Phnom Penh, Kemboja dan ini disusuli dengan rundingan berkaitan pada 2013.
Selain itu, RCEP dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$49.5 trilion juga membentuk 39 peratus daripada KDNK global.
Sementara itu, Darell menyuarakan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan negara lain RCEP bagi memuktamadkan rundingan untuk pemeteraian perjanjian berkenaan pada 2020.
"RCEP adalah satu testimoni (bukti) bahawa negara terlibat ini dapat bersatu dengan mengetepikan perbezaan pembangunan ekonomi demi penyepaduan integrasi ekonomi," kata beliau dalam satu kenyataan.
BACA: RCEP sukar dimuktamad kerana ada negara tidak setuju - Dr Mahathir
Darell berkata RCEP yang diterajui ASEAN, akan memberi peluang ekonomi kepada industri, perusahaan kecil dan sederhana serta pekerjaan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global selain meningkatnya dasar perlindungan.
"Kerajaan telah berusaha untuk memastikan kepentingan domestik Malaysia, termasuk membabitkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Pelan Induk Perindustri baharu, turut mendapat jaminan dalam perjanjian RCEP tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 04 2019

Darell Leiking (dua kanan) bersama pemimpin negara lain ketika sesi bergambar Sidang Kemuncak RCEP ke-3 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 di Bangkok, 4 Nov, 2019. --fotoBERNAMA
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji Kementerian Luar atau Wisma Putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh Malaysia di peringkat global.

Menteri Luar China seru jadikan Laut China Selatan kawasan keamanan, persahabatan, kerjasama
Hasil usaha China dan negara ASEAN, Laut China Selatan kekal aman dan stabil tahun lepas serta menjadi perairan paling selamat dan sibuk untuk pelayaran dan penerbangan antarabangsa.

Setiausaha Agung ASEAN seru pemain industri sokong inisiatif Grid Kuasa US$764 bilion
Setiausaha Agung ASEAN menyeru pihak berkepentingan dalam industri untuk menyokong inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Trafik penumpang udara Malaysia melonjak, catat 9.2 juta penumpang pada Januari - MAVCOM
MAVCOM mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang.

MWC 2025: 19 MoU dimeterai, perkukuh agenda teknologi, digital Malaysia
Kerjasama penting termasuk CelcomDigi dengan Ericsson untuk transformasi industri minyak dan gas, serta Digital Nasional Bhd dengan Ericsson dan META untuk mempercepat penggunaan teknologi 5G.

Pola cuaca buruk akan beri tekanan kepada pengeluaran makanan Malaysia - Mohamad Sabu
Perubahan iklim semakin mengancam keterjaminan makanan Malaysia, dengan corak cuaca tidak menentu dan peningkatan suhu global menjejaskan sektor pertanian.