Lima belas pemancing dikhuatiri hilang selepas sebuah bot dilaporkan karam kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Payar dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.41 malam tadi, bot yang dikendali seorang tekong bersama 14 orang penumpang dipercayai telah keluar ke laut sejak Khamis lalu untuk membawa sekumpulan pemancing ke kawasan berhampiran Pulau Payar.
Bertindak atas maklumat sebuah bot milik angota Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat mulai malam tadi.
Ketua Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Lt Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor memberitahu seorang nelayan telah memaklumkan kepada pihak APMM bahawa terdapat sebuah bot kayu mengalami kebocoran dan tenggelam secara perlahan-lahan di kawasan berkenaan.
Susulan itu, APMM telah menggerakkan dua buah asset APMM, dua buah asset pasukan polis arin dari beberapa buah nelayan dari Pangkalan Kuala Kedah dan Pangkalan Langkawi.
Operasi yang diteruskan sejak pagi tadi bagaimanapun masih belum menemui mangsa.
Astro Awani
Sun Feb 21 2016

Operasi yang diteruskan sejak pagi tadi bagaimanapun masih belum menemui mangsa. - Gambar Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

15 pemancing dikhuatiri hilang selepas bot karam di Pulau Payar
Lima belas pemancing dikhuatiri hilang selepas sebuah bot yang dinaiki mereka dilaporkan karam kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Payar dekat sini malam tadi.