Polis telah membebaskan 161 dari 163 orang yang ditahan dalam satu serbuan mengejut oleh pihak polis ketika persembahan muzik di pentas independen, Rumah Api.
"Semua 161 belia telah dibebaskan tanpa syarat kecuali dua lelaki tempatan yang perlu melapor kembali pada 30 September. Mereka adalah pemilik Rumah Api (lokasi acara)," kata peguam Haijan Omar kepada The Malaysian Insider.
Tambahnya, dua lagi yang masih ditahan polis merupakan warganegara Indonesia dan Filipina dan masih menunggu untuk dokumen mereka diproses oleh agensi kerajaan berkaitan.
Tahanan Rumah Api ditahan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, Seksyen (4)(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 6 Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor).
Difahamkan pada Jumaat, polis menyerbu ruang persembahan itu ketika kumpulan muzik punk Virginia on Duty sedang beraksi pada kira-kira jam 11.30 malam.
Walaupun punca serbuan masih belum dijelas, ahli muzik veteran Joe Kidd memberitahu Malaysiakini beliau meragui serbuan itu mempunyai apa-apa kaitan dengan perhimpunan Bersih 4 yang bermula pada Sabtu dan berlangsung selama 34 jam sehingga tengah malam 31 Ogos.
Astro Awani
Mon Aug 31 2015
Polis telah membebaskan 161 dari 163 belia yang ditahan dalam satu serbuan mengejut oleh pihak polis ketika gig Rumah Api. Gambar: Twitter/Kakiseni
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Pulau Ketam lokasi penyeludup, pendatang tanpa izin ceroboh negara - Bukit Aman
Kedudukan pulau itu yang terletak berhampiran Rumah Api, One Phantom Bank juga memainkan faktor pulau itu menjadi pilihan.
161 tahanan gig Rumah Api dibebaskan - Peguam
Polis telah membebaskan 161 dari 163 belia yang ditahan dalam satu serbuan mengejut oleh pihak polis ketika persembahan muzik di pentas independen, Rumah Api
Serbuan Rumah Api undang rasa tidak puas hati karyawan
Kira-kira 100 belia telah ditahan dalam satu serbuan mengejut oleh pihak polis ketika persembahan muzik di pentas independen, Rumah Api, di Pekan Lama Ampang, lewat malam tadi.