Seramai 166 orang pelajar Malaysia dari Indonesia tiba di Pusat Pemantauan (Surveillance Centre) di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Nilai hari ini.
Kesemua pelajar itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi sebelum dibawa menaiki tiga bas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua buah bas Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ke institut itu.
Kumpulan pertama tiba di pusat itu sekitar jam 2.00 petang manakala kumpulan kedua tiba pada jam 3.16 petang.
Tinjauan Astro AWANI mendapati pergerakan kesemua bas dikawal ketat oleh anggota polis.
Kesemua pelajar itu akan menjalani saringan kesihatan dan kuarantin selama 14 hari bagi memastikan mereka bebas dari sebarang jangkitan COVID-19.
Daripada jumlah itu difahamkan tiga daripada pelajar berada dalam keadaan tidak sihat.
Manakala difahamkan, seramai 144 orang pelajar dari Medan, Indonesia akan tiba di KLIA pada petang Khamis sebelum dibawa ke institut yang sama bagi proses saringan kesihatan dan kuarantin selama 14 hari.
Sehingga kini, beberapa institut dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) antaranya Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) turut digunakan sebagai Pusat Pemantauan terhadap pelajar dari luar negara yang dibawa pulang ke Malaysia.
Fareez Azman
Thu Apr 02 2020
Bas yang membawa 166 pelajar Malaysia dari Indonesia memasuki Institut Aminuddin Baki, Nilai pada petang Khamis. - Foto Astro AWANI
"Saya serang Israel habis-habisan, tak tahu apa lagi cara boleh buat" - PM
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tegaskan dalam konteks anggota UN, perkara yang dianggap hak keanggotaan itu yang disebut de facto tapi kita tidak pernah iktiraf dari zaman Tunku Abdul Rahman sampai sekarang. #SisiTVParlimen
Kaum India harap isu pemilikan ekuiti, pendidikan dan penyertaan sektor awam diberi tumpuan
Kesavan berkata meskipun terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam Belanjawan 2025, masyarakat India tetap menerima manfaat ketara.
Mayat dalam peti sejuk: Punca kematian akibat kecederaan di dada - Polis
Mangsa dipercayai dibunuh suspek pada Mac 2021.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Ernie Zakri tak sangka bawa pulang anugerah di SCTV Awards 2024
Menurut pelantun lagu Aura itu, dia hadir ke majlis itu hanya untuk membuat persembahan sahaja namun tidak menyangka akan membawa pulang satu anugerah.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Trump namakan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke NATO.
[TERKINI] Kemaman terus terjejas banjir, lebih 1,700 mangsa direkodkan
Tiga daerah di Terengganu masih terjejas dengan kejadian banjir melibatkan Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
[TERKINI] Sidang Media PM Malaysia dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam
'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.
166 pelajar Malaysia dari Indonesia jalani proses kuarantin di IAB
Seramai 166 orang pelajar Malaysia dari Indonesia tiba di Pusat Pemantauan (Surveillance Centre) di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Nilai.