Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi tujuan itu, kesemua rumah ibadat itu masih perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Hari ini (21 Mei 2020), Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique telah membentangkan kepada Mesyuarat Khas Menteri Menteri berkenaan SOP rumah ibadat bukan Islam hasil rundingan dan persetujuan dari Ketua Badan Agama bukan Islam.
“Mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan rumah-rumah ibadat bukan Islam untuk dibuka di Zon Hijau sahaja sepanjang tempoh PKPB mulai 10 Jun 2020.
“Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah bilangan kehadiran penganut agama hendaklah tidak melebihi 30 orang, tertakluk kepada saiz keluasan rumah ibadat tersebut,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Antara SOP lain yang digariskan pihak berkuasa adalah:
- Penganut yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.
- Saringan suhu badan, penyediaan hand sanitizer dan pemakaian topeng muka (face mask) mesti dipatuhi setiap masa.
- Kebenaran ini hanya untuk warganegara Malaysia.
- Kebenaran ini juga hanya untuk 1 hingga 2 hari sahaja dalam seminggu bagi hari-hari keutamaan keagamaan masing-masing.
- Sebanyak 174 rumah ibadat di seluruh negara yang dibenarkan beroperasi, termasuk 84 kuil, 15 tokong, 67 gereja dan 8 Gurdwara.
- Prosedur pelaksanaan urusan perkahwinan di kuil, gereja dan persatuan agama juga masih ditangguhkan.
- Pegawai-pegawai Kementerian Perpaduan Negara termasuk Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional telah dilantik sebagai pegawai pemantau dibawah Seksyen3, Akta Pencegahan dan PengawalanPenyakit Berjangkit 1988 (Akta342).
- Kementerian Perpaduan Negara akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk menyelaras pelaksanaan pembukaan rumah-rumah ibadat diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Kebenaran operasi ini akan ditarik balik dengan serta-merta jika didapati gagal mematuhi SOP.